Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Showing posts with label Muslim. Show all posts
Showing posts with label Muslim. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Pesan Buat Anak Perempuanku 1




Pengenalan

Anak-anak perempuanku, artikel ini aku tulis khusus untuk kalian dan amnya untuk mereka yang mencari jalan pulang. Semoga menjadi iktibar dan peringatan kembali kepada fitrah sebagai insan yang tercipta untuk menyembah Allah semata-mata. 

Anak-anak perempuanku, Setiap masa dan saat kalian selalu dimomokkan oleh media massa daripada pelabagai arah dan sepanjang masa dengan pelbagai pahaman dan pandangan yang kekadang sukar untuk kalian membezakan yang mana fitrah sebenarnya. Maka aku cuba mencatatkan pesanan2 ku supaya ia sentiasa tertulis utk bacaan kalian ketika aku tiada lagi bersama kalian. Semoga Allah mengizinkanNya.

Pesanan 1:


Anakku, belajarlah mengenali diri mu, pertama2 kenali kekuatan dan kelemahan mu yang sebenar. Allah menjadikan perempuan bersifat lemah-lembut yang membelai dengan intipati  kekuatan rasa dalaman yang tinggi melebihi seorang lelaki kerana lembutnya hati seorang perempuan selembut jasadnya.

Anak perempuanku, engkau tercipta membawa fitrah yang tidak mampu diperlakukan oleh mana2 lelaki biasa. Iaitu membina dan membangun kekuatan rohani seorang suami dan anak2nya. Seorang suami kelelahan menjaga dan melindungi keluarga akan merasa tenang dan hilang lelahnya bila hadirnya tangan yang membelai penuh dengan kekuatan rohaniah. Engkau tercipta sebagai penyalur kekuatan yang tidak nampak yang tidak mampu dinilai oleh pacaindera fizikal dan yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang talh dihalalkan bagimu. Malahan mampu menyegarkan dan memperkasakan suamimu dan anak2mu. Janganlah kau persia-siakannya.

Bagaimana caranya? Terimalah fitrahmu yang lemah lembut dan penuh ciri-ciri penyerahan ketaatan kepada perintah Allah. Maka turuti dan taatilah printah Allah sepenuhnya secara langsung ia perkuatkanlah 

Jauhilah dirimu daripada mereka penentang fitrah Illahi. Sebagaimana pengagung fahaman feminist yang bertemakan "Girl Power" yang hanya menongkat kekuatan fizikal kepada kaum hawa setaraf fitrah lelaki. Hindarilah, pembawa librelisme yang membawa misi "To empower girls" yang kononnya melatih wanita2 menjaga dan melindungi keluarga yang telah dipertangungkan kepada lelaki. Ketahuilah anak perempuanku, tugasan itu adalah tanggungjawab anak2 lelaki. Ia bukanlah tertakluk diatas tanggung kalian untuk memastikan perlindungan dan penjagaan keluarga. Berhati-hatilah anakku agar neletaklah sesuatu pada tempatnya, semoga kita tidak tergolong diantara orang yang zalim.


Akan bersambung.....bila diizinkanNya

Wednesday, October 15, 2014

Wahai teman, Pintaku...





Wahai teman, Bukan kuharapkan...

Emas atau permata yang mengaburiku...

Kekayaan seluas lautan yang mendahagakan ku...

Kekuasaan sejauh mata benua yang melemaskan ku...

Pujian setingi langit yang melalaikan ku...


Wahai teman, Ku Pinta Hanya doa dan ingatanmu padaku ...


Namun Teman, kasihanilah daku, Bukan ku pinta doa...

Dianugerahi Hati yang Sabar, kerana tiada ku mampu hadapi ujiannya...

atau

Ditambahi Hati yang Redha, kerana ujiannya lebih berat daripada ujian Sabar...


Hanya saja ku pinta pada mu doakan saja agar aku tergolong diantara mereka yang banyak bersyukur dan sentiasa didalam rahmatNya sehingga aku kembali pulang ke hadapanNya...


-DRMABA-

Wednesday, October 16, 2013

Selamat Hari Raya Haji 1434H

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Maaf zahir bathin kepada semua pembaca dan pelawat blog. Semoga segala qurban kita diterima Allah.

Hari ni saja baru sempat update blog. Masih terasa kelelahan dan penat kerja qurban semalam. 




Lepas habis dapat bahagian, siapkan bungkusan nak bagi fakir miskin. Ikut sukatan 1/3 daripada jumlah qurban kita. Buat letih tu sebab bagi buang dulu lemak. So bagi yang daging/tulang sahaja.

Wednesday, August 21, 2013

Mesir Bermandi Darah


Saban hari berita pertumpahan darah rakyat Mesir menjadi tajuk perbincangan utama disemua media sama ada TV atau Internet. Setiap hari disogokkan dengan berita dan kenyataan daripada media-media yang saling bercanggah sokongan antara satu sama lain yang datang daripada individu pelbagai latar sama ada rakyat biasa atau pemimpin lantikan parti. Ada yang menyokong  pihak tentera, ada yang menyokong Mursi dan pastinya ada yang ikut-ikutan menyokong menurut  pemimpin ikutannya.

Setiap kali membaca atau melihat berita dan kenyataan di media massa, maka terasa air mata bergenang dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan sedih.

Marahku kepada pembunuh-pembunuh rakyat yang lemah tanpa peri kemanusian dan belas kasihan. Sedihku kerana umat Islam lupa dan berkeras menegakkan perjuangan yang dasarnya kepartian binaan sekular. Sehingga yang menyerang dan yang diserang adalah bersaudara dalam aqidah.

Marahku kepada kegilaan pemimpin yang mengejar kuasa dengan berbuat apa saja untuk menang. Sedihku kerana umat Islam lalai dan lena diperkotak-katik oleh mainan kuasa pemimpin politik demokrasi tajaan sekular. Sehingga makhluk diutamakan daripada akhlak yang dididik dan diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.

Masih butakah mata hati kita untuk melihat kebohongan system pemerintahan ciptaan barat?

Masih keraskah keyakinan kita bahawa Islam boleh tertegak atas system demokrasi jaluran sekular?

Masihkah kita berdolak-dalik kemampuan sistem pemerintahan Islam dengan undang-undang Islam yang diturunkan kepada kita melalui RasulNya?

Mengapa tidak dihayati ayat ayat ini? Dengan sebenar2nya. Bukankah Allah sudah cukup kenapa bergantung dengan sistem yang bukan nilai dan pegangan utamanya Allah.


Usah tunding jari kepada orang lain, soalan mudah, apa yang telah dan akan buat? bangunlah dan sedarlah wahai saudaraku, buatlah persediaan untuk mati bukan persedian kesenangan dunia. Mantapkan aqidah, perbanyakkan amalan semoga kita tergolog dalam syuhada bukan 1/3 yang lari daripada medan perang. Insyallah.

Jangan tanya soalan macam mana kepadaku, kerana aku tidak paham soalan kalian. Sama ada benar-benar tidak tahu atau hanya menguji. Bukankah kalian semua lebih bijak pandai dan berilmu yang hafal Al-Quran, Hadis malah Sirah Nabawiyah. Bukankah disitu telah terkandung segalanya. Aku hanya seorang yang faqir lagi haqir mencari redhaNya. Wallahualam.


Friday, August 16, 2013

Hikmah Kematian Lebah


Setiap detik dan ketika Allah tunjukkan kepada kita kebesaranNya dengan mengingatkan kitabetapa lemah, daif dan faqirnya kita dalam mengharap redhaNya.

Suatu penemuaan berkenaan mengapa terdapat kematian lebah secara besaran2 di Amerika, sepatutnya menjadi ingatan kepada peringatan2 Allah didalam Surah An Nahl (Surah 16).

Bbagaimana hanya disebabkan kematian lebah ini sebuah negara yang besar boleh kerugian berbilion USD daripada hasil tanaman mereka. Rujuk artikel "Scientists Discover What’s Killing the Bees and it’s Worse than You Thought" Kalau rajin baca English ler.

Dia hanya perlu menarik nikmat yang sekecil lebah sahaja, maka runtuhlah kekuatan dan keupayaan kita. Sebagaimana firmanNya bagaimana sekecil serangga membangunkan sebuah negara malahan seluruh umat manusia. 

Bacalah peringatan Allah daripada Ayat 66-69, Semoga kita digolongkan antara orang yang menerima peringatanNya.

Jangan angkuh dan takabur bahawa kita ini besar atau berkuasa kerana tiada apa pun milik kita hanya saja Milik Tuhan Semesta Alam.

Tuesday, August 6, 2013

Aidil Fitri 1434H (2013M)


Ramadhan 1434H sudah sampai kepenghujung. Setiap yang bermula pasti berpenghujung selari dengan fitrah makhluk yang tidak kekal abadi. Ku memohon kepada pemilik sekelian yang tercipta moga menerima segala amal kita dan dipertemukan lagi dengan Ramadhan 1435H.

Buat yang telah dipertanggungjawabkan, jangan lupa tunaikan zakat fitrah. Semoga mereka yang tidak berkemampuan dapat sama-sama meraikan. 

Buat adik2 dan abang2 yang suka main mercun, hati2 dan jangan leka. Nanti hilang tangan dan jari pulak.

Buat yang memamndu dimusim perayaan jangan biar diri anda dibelengu penyesalan. Berhati-hati dalam perjalanan.

Saya memohon ampun dan maaf kepada semua pengujung blog ini, sekiranya ada tulisan yang menyakiti hati kalian sama ada sengaja atau tidak sengaja. Di penghujung Ramadhan Mubara' ini, tersentuh hati saya mendengar lagu adik cilik drpd negara seberangan.

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi Jalan Untukmu Semua

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Membantu Keluarga Di rumah

Sekolah Dulu Ku tak punya biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Hidupku Dulunya Seorang Pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita - cita paling mulia
Bersyukur Masuk Dapur Rekaman

Setelah Dulu Ku Nggak Punya Biaya
Terpaksa Ku Harus Mencari Nafkah
Tetapi Aku Tak Terputus asa
Pasti Yang Kuasa Memberi Jalannya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita - citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdullilah
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa
Memberi oh...memberi Jalan Untukmu Semua

Monday, July 29, 2013

Apa Hukum Pelaburan Amanah Saham?


Bagi rakan-rakan yang masih terkeliru tentang kedudukan pelaburan ASB dan ASN. Mungkin anda akan lebih keliru jika anda rujuk keputusan fatwa mengikut negeri:


1. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang - Dividen ASN & ASB adalah Haram
2. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang (30 Aug 1983) - Dividen ASN adalah Halal dan Harus digunakan untuk menunaikan Fardhu Haji
3. JK Fatwa Majlis Agama Islam Terengganu (1 Mar 1993) - Melabur ASB & ASN Tidak Haram
4. Muzakarah JK Fatwa MKI Ke-80 (3 Feb 2008) - Harus
5. Mesyuarat Majlis Fatwa WP Kuala Lumpur (27 May 2008)- Harus (Diwartakan)
6. Majlis Fatwa Pahang (18 Jun 2008) - Haram sehingga pelaburan menepati Jawatankuasa Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
7. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Kelantan (27 Dec 2009) - Melabur ASN & ASB adalah Harus
8. Mesyuarat JK Fatwa Selangor (12 Apr 2011) - Tidak Halal
9. Mesyuarat JK Fatwa Negeri Sembilan (30 Aug 2012) - Bersetuju dengan keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI (No. 4)

Saya ringkaskan sahaja nama Majlis dan Jawatankuasa, semua maklumat diatas boleh didapati daripada link yang diberikan.

Bagi No 1 memang tiada tarikh keputusan. Manakala fatwa yang dikeluarkan juga bercanggah dengan No 2. Mungkin disebabkan masa dan/atau maklumat berbeza.

Kita boleh pilih untuk menggunakan mana-mana keputusan daripada Majlis Fatwa diatas. Sebagai Muslim mungkin lebih baik kita tidak mengikut secara membuta tuli sahaja. Kita semua boleh baca apa yang tertulis didalam keputusan fatwa-fatwa diatas. 

Bagi saya sekiranya jika terdapat keraguan atau was-was, maka lebih baik tinggalkan perkara tersebut. Anda ada aqal dan Iman sebagai panduan dalam keadaan yang gelap dan suram, inikan pulak yang terang lagi bersuluh. Sekiranya tiada jawapan maka ambillah pengajaran dengan mengingati Mati.

Wallahualam

Thursday, June 13, 2013

The Chinese Emperor's Poem?


Seorang rakan WhatApp kan gambar kat atas. Saya tak tahu kebenarannya. Tapi yang menarik hati saya adalah terjemahan daripada poem kat atas. Berikut adalah yang diterjemahkan oleh rakan saya tersebut:

Since the creation of the universe,

God had decreed to appoint,

This great faith-preaching man,

From the West he was born,

He received the Holy Scripture,

A Book of thirty parts,

To guide all creation,

Master of all Rulers,

Leader of Holy Ones,

With Support from Above,

To Protect His Nation,

With five daily prayers,

Silently hoping for peace,

His heart towards Allah,

Empowering the power,

Saving them from calamity,

Seeing through the darkness,

Pulling souls and spirits,

Away from all wrongdoings,

A Mercy to the worlds,

Traversing the ancient majestic path,

Vanquishing away all evil,

His Religion Pure and True,

Muhammad The Noble and Great one.


- By Hongwu Emperor  

Alih bahasa kedalam Bahasa Melayu, saya persilakan kepada tuan2 sekelian.

Wednesday, February 27, 2013

Jadual Pengajian Kitab Turath - TG.HJ Muhammad Sellah



JADUAL PENGAJIAN KITAB TURATH OLEH TUAN GURU HJ. MUHAMMAD SELLAH DARI TUMPAT, KELANTAN.

TEMPAT : SUN SURIA AVENUE, KOTA DAMANSARA - dekat Tune Hotel.
YURAN   : RM50.00 setiap kali pengajian bagi ketiga2 kitab. Kalau murid sekolah 50% off.

KETIGA2 KITAB PERCUMA UNTUK MEREKA YANG YANG BETUL2 KOMITED HENDAK MENADAH/BELAJAR KITAB.

TARIKH: 
APRIL - 13hb dan 27hb

MEI - 11hb dan 25hb

JUN - 8hb dan 22hb

JADUAL DAN KITAB:
10.00pg  - 12.00tgh  : KITAB AQIIDATUN NAJIIN (Aqidah/Tauhid)
12.00tgh - 12.30tgh  : REHAT/PERTANYAAN
12.30tgh - 1.30ptg   : KITAB HIKAM IBN ATHOILLAH (Tasauf)
1.30ptg   - 2.30ptg  : KITAB MATLA'AL BADRAIN (Feqah)
2.30ptg                  : SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
BERSURAI

Tuan Guru akan pulang pada hari yang sama dari Subang.

Wang yang dikutip adalah untuk pembiayaan penerbangan Tuan Guru dan juga sedekah untuk pengorbanan masa dan tenaga Tuan Guru serta perkara2 yang berkaitan dgn pengajian.

Sesiapa yang hendak melabur saham akhirat, bolehlah menghubungi saya untuk pembelian meja kecil bagi pengajian sebanyak 40 buah. Anggaran sebuah RM20

Kami memilih tempat di atas adalah untuk memudahkan bagi kaum muslimah hadir dlm pengajian walaupun uzur.

Anda hanya dibenarkan utk merakam suara tetapi tidak dibenarkan rakam video. InsyaAllah pihak pengurusan akan membuat rakaman video bagi memudahkan lagi penuntut mentelaah dirumah. 

Sila hubungi GM Zarie Sha 0192833846 dan GM Remy 0166262207. Penyertaan hanya terhad untuk 30 org sahaja.

Tuesday, February 19, 2013

Kepentingan Ilmu Usuluddin




TUAN GURU HJ MUHAMMAD SELLAH AKAN MELEBARKAN SAYAP PENGAJARAN KITAB TURATH DI PENANG. INSYAALLAH PADA 3MAC, TG GURU HJ MUHAMMAD SELLAH AKAN MEMULAKAN PENGAJARAN 3 KITAB TURATH DI DEWAN MASJID SEBERANG JAYA, PENANG. PENGAJIAN DIBUAT 2 MINGGU SEKALI. ANTARA KITABNYA IALAH:

1) KITAB AQIIDATUN NAJIN (TAUHID) - JAM 4PTG-6PTG
2) KITAB HIKAM IBN ATHOILLAH (TASAUF) - JAM 8MLM - 9MLM MAT
3) KITAB MATLA 'AL BADRAIN (FEQAH) - 9MLM - 10MLM

Ketiga-tiga kitab akan diberi percuma bagi sesiapa yang benar2 ingin belajar. Bayaran hanya RM50.00 sebagai Infaq Fiddin utk pembiayaan perjalanan TG Hj Muhammad Sellah pada setiap kali pengajian.
PELUANG UNTUK BERTANYA/BERSOAL JAWAB.

Jadi sesiapa di Zon Utara tak kira siapa yang berminat nak menadah kitab Turath boleh menghubungi:

1) Master Azwan Naser 0194566007
2) Master Nasruddin Naser 0194770634
Pendaftaran awal amat diperlukan.

Admin:
Diatas adalah makluman daripada Prof.Dr.Hj. Shahrin yang dipost oleh beliau di FB. Semoga Allah izinkan kelas pengajian kitab diatas dapat dijalankan di Selangor dan KL.

Buat pembaca disekitar Penang, rebutlah peluang mendalami pemahaman tentang aqidah. Semoga Allah mengurniakan kita Faqihuddin.

Tuesday, January 29, 2013

Majlis Maulud Nabi dan Haul di Johor

Kembara aku kali ini ke Kempas, Johor menghadiri Majlis Maulud Nabi dan Haul YM Sidi Muhammad Said di Surau Ikhwan Johor. Hari Ahad 26/01/2013 Jam 11:15 AM aku dah sampai ke dalam kawasan kelapa sawit di Kg Sri Aman dimana terletaknya surau ini.

Suasana gotong royong menyediakan juadah untuk majlis diselangi ketawa gurau senda ikhwan2 menghilangkan rasa penat lelah. Malah layanan mesra tuan rumah menyambut ikhwan2 yang datang daripada KL, N9, Kuching, Singapura, Brunei, Pulau dan KB serta pelbagai tempat lagi. Menunjukkan keakraban dan memudahkan kerja2 penyediaan majlis.

Pihak tuan rumah memulakan Majlis Maulud sebaik sahaja YM Sidi Mohsin sampai. Alhamdulillah bacaan 18 rawi beserta doa bermula jam 3:00PM dan tamat dalam jam 5:00PM.

Manakala majlis haul YM Sidi Muhammad Said bermula selepas solat Isyak. YM Sidi Mohsin memulakan majlis dengan meriwayatkan sejarah YM Sidi Muhammad Said sebagai pengetahuan untuk para Ikhwan. Malah YM Sidi juga menjelaskan apakah itu majlis haul dan kenapa kita mengadakan majlis haul. (Maaf saya tidak akan menghuraikannya kerana bukan tempatnya disini). Majlis Haul habis dalan jam 9:45PM dan disambung dengan makan. YM Sidi Mohsin membuka majlis bertanya lebih kurang jam 10:30PM kepada para ikhwan. Majlis berlarutan sehingga hampir jam 2:00pagi.

Alhamdulillah atas izinNya, aku dapat sampai sebagaimana YM Sidi bisikkan diakhir Majlis Maulud sebelah petangnya.

Saturday, January 19, 2013

Amal Sunnah Kerana Cinta Nabi Muhammad SAW

Daripada MimbarJumaat 6 Rabiul Awal 1434

Khatib menyampaikan tentang pentingnya mengamalkan sunnah kerana ia merupakan menifestasi kepada cinta kepada Rasullulah. Mimbar jumaat menekankan 2 sebab utama mengapa ramai umat Islam meninggalkan sunnah:

  1. Kurang kecenderungan untuk mencari ilmu tentang amalan sunnah walaupun diri kekurangan pengetahuan berkenaan sunnah.
  2. Tidak mengambil berat atau menghiraukan tentang kepentingan sunnah dan kesannya.
Sebagai contoh amalan memakai serban dan jubah. Kebanyakan kita merasa janggal atau malu untuk memakainya malah lebih teruk memperlekehkannya sedangkan ia amalan Rasulullah.

Semoga peringatan khatib ini mengingatkan diri untuk terus istiqamah mengamalkan semua sunnah secara keseluruhan.


Thursday, January 10, 2013

Perhentian Sementara Hingga Hari Kebangkitan

Hari ini dalam lipatan memori aku. Sekali lagi di ingatkan Allah tentang kematian. Menghadiri majlis menghantar arwah nenda isteri ke persemedian sementara menunggu hari kebangkitan.

Ini adalah majlis kematian kedua dalam masa 6 hari. Betul2 peringatan yg berterusan. Ya Allah aku bimbang aku masih alpa dengan perinfayan mu ini. Kasihanilah aku rahmati lah aku dan juga kedua ibubapaku dan keluarga ku

Doaku buat nenda isteriku. Semoga Allah merahmati beliau dan mengampuni serta mengasihani beliau hendaknya. Al-fatihah

Thursday, January 3, 2013

Kad Pengenalan Mayat

Beginilah rupa kad pengenalan sementera untuk menuju ke liang lahad yg juga adalah persingahan pertama sebelum ke alam kekal abadi.

Semoga Allah berkasihan belas kepada saudara seIslam ku ini ketika arwah di alam barzakh.

Sesungguhnya melihat kematian itu suatu peringatan buat kita yg hidup di alam dunia. Moga Allah curahkan rahmatNya agar kita termasuk dlm mereka yg mendapat iktibar.

Wednesday, September 26, 2012

MI: Bahaya Syiah - Ust Muhammad Ismail

Ringkasan yang sempat aku catit ketika cermah Ust Muhammad Ismail (UMI) di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway. Aku kongsikan disini isi penting yang ditekankan pada malam itu. Sebarang kesilapan adalah kekurang diri ini.

Terdapat 8 ajaran syiah yang dikutip daripada kitab-kitab dan ucapan imam2 syiah sendiri yang menyalahi ajaran Islam dan mempunyai motif untuk menghancurkan Islam:

  1. Rukun ajaran syiah tiada Syahadah tapi ada walayah. UMI: Rukun Islam ada Syahadah.
  2. Al-Quran ada penyelewengan. UMI: Motif secara halus menjatuhkan  mengatakan Al-Quran tidak betul maka ia menjatuhkan Islam.
  3. Kafirkan Sahabat. UMI: Syiah hanya menerima 8 sahabat (maaf saya tak sempat tak catit). Maka lbh kurang 120K sahabat ditolak. Motif besar mengatakan Allah tidak cerdik dalam memilih sahabat Rasulullah. Ia jugak menyebabkan tertolak Al-Quran dan Hadis yg ditulis dan diriwyatakan oleh sahabat2 baginda.
  4. Taqiyah (Tersembunyi). UMI: Sembunyikan sesuatu yg terdapat dalam hati dan nyatakan yang sebaliknya. Dalam Islam ada tapi hanya sebab selamat Islam sahaja. syiah membolehkan dalam semua perkara. Ini adalah salah satu tarikan dalam syiah.
  5. Mut'ah (Kahwin Kontrak). UMI: Nikah kerana nafsu. Motif untuk merosakkan zuriat Adam.
  6. Ar-raj'ah. Kebangkitan sebelum kebangkitan Qiamat untuk menghukum orang Islam.
  7. Al-bada'. Allah tertakluk kepada ilmu.
  8. Pandangan Islma ASWJ sebgai an-Nasibi. UMI: Gelaran untuk orang yang memusuhi Ahlul bait. Kesannya Islam ASWJ lebih hina daripada anjing.
Antara video yang dikongsikan:

Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, aku berlindung drpd fitnah dan tipudaya dunia. Matikan aku dan keluargaku dalam redha Mu.

Wallahualam.

Monday, August 6, 2012

SENARAI RINGKAS PARA ULAMA DARI KURUN PERTAMA HINGGA KURUN KE 15 HIJRIYYAH


Ulama Kurun Pertama Hijrah
1. Amirul-Mu'minin Abu Bakr ^Abdullah ibn Abi Qahafah al-Siddiq 13 H.
2. Amirul-Mu'minin ^Umar ibnul-Khattab al-Faruq 24 H.
3. Amirul-Mu'minin ^Uthman ibn ^Affan Dhun-Nurayn 36 H.
4. Amirul-Mu'minin ^Ali ibn Abi Talib 40 H.
5. Al-Imam ^Abdullah ibn al-^Abbas 68 H.
6. Al-Imam ^Abdullah ibn ^Umar 74 H.
7. Al-Imam ^Abdullah bn Ja^far ibn Abi Talib 80 H.
8. Al-Imam Anas ibn Malik 90 H.
9. Al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Hasan ibn ^Ali 94 H.
10. Al-Imam Sa^id ibn Musayyib 94 H.
11. Al-Imam ^Awrah ibn al-Zubayr 94 H.
12. Al-Imam ^Ubayd ibn ^Abdullah ibn ^Utbah ibn Mas^ud 99 H.

Ulama Kurun Kedua Hijrah
1. ^Umar ibn ^Abdul-^Aziz - al-Khalifatur-Rashid (Hums) - 61/63 - 101 H.
2. Al-Imam Salim ibn ^Abdullah ibn ^Umar 106 H.
3. Al-Imam Maymun ibn Mahran 107 H.
4. Al-Imam Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhri 125 H.
5. Al-Imam Ja^far al-Sadiq ibn Muhammad al-Baqir ibn Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Hasan ibn ^Ali 148 H.
6. Al-Imam Al-Kabir Abu Hanifah al-Nu^man ibn Thabit al-Kufi (Baghdad) 80 - 150 H.
7. Al-Imam Abu ^Amr Abdur-Rahman ibn ^Amr al-Awza^i 88 - 158 H.
8. Al-Imam Abu ^Abdullah Sufyan ibn Sa^id al-Thawri 97 - 161 H.
9. Imamul-Muhaddithin Abu ^Abdillah Malik ibn Anas ibn Malik ibn ^Amr ibn Harith 93 - 179 H.
10. Al-Qadi Abu Yusuf Ya^qub ibn Ibrahim ibn Habib al-Ansari al-Kufi al-Baghdadi 113 - 182 H. 11. Al-Imam Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani 135 - 189 H.

Ulama Kurun Ketiga Hijrah
1. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Shafi^i (Mesir) 150 - 204 H.
2. Al-Hafiz ^Abdullah ibn Abi Shaybah 235 H.
3. Al-Imam ^Abdullah ibn Yahya ibn Mubarak 237 H.
4. Al-Imam Abu ^Abdullah Ahmad ibn Hanbal al-Shaybani 164 - 241 H.
5. Al-Sufi Dhun-Nun al-Misri 245 H.
6. Al-Imam Amirul-Mu'minin fil-Hadith Muhammad ibn Isma^il al-Bukhari 256 H.
7. Al-Hafiz ^Abdullah ibn Abi Dunya (Baghdad) 261 H.
8. Al-Hafiz Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushayri al-Naysaburi 202 - 261 H.
9. Al-Hafiz Abu ^Abdillah Muhammad ibn Yazid ibn Majah al-Qazwini 273 H.
10. Al-Hafiz Abu ^Isa Muhammad ibn ^Isa al-Tirmidhi 209 - 279 H.

Ulama Kurun Keempat Hijrah
1. Al-Imam Muhammad ibn Jarir al-Tabari 310 H.
2. Al-Lughawi Ibrahim al-Zajjaj 311 H.
3. Al-Hafiz Abu Dawud Sulayman Ibn Ash^ath al-Sijistani 230 - 316 H.
4. Al-Hafiz al-Tirmidhi (Baghdad) 320 H.
5. Al-Imam Abu Ja^far al-Tahawi 239 - 321 H.
6. Imam Ahlis-Sunnah Abul-Hasan ^Ali ibn Isma^il ibn Abi Bishr al-Ash^ari 260 - 324 H.
7. Imam Ahlis-Sunnah Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Samarqandi al-Maturidi 333 H.
8. Al-Hafiz Abu Hatim Muhammad ibn Hibban al-Shafi^i 270 - 354 H.
9. Al-Hafiz Abul-Qasim Sulayman al-Tabarani 260 - 360 H.
10. Al-Sufi Abu ^Uthman al-Maghribi Sa^id ibn Salam 373 H.
11. Al-Shaykh ^Abdul-Karim al-Qushayri 376 H.
12. Al-Shaykh Abu Bakr ibn Muhammad Ishaq al-Kalabadhi al-Hanafi 380 H.
13. Al-Shaykh Abu Sulayman ibn Muhammad al-Khattabi 388 H.

Ulama Kurun Kelima Hijrah
1. Al-Shaykh Abu ^Abdillah al-Husayn ibn al-Hasan al-Halimi al-Shafi^i 403 H.
2. Al-Qadi Abu Bakr Muhammad al-Baqillani al-Maliki 403 H.
3. Mufti Naysabur al-Shaykh Abut-Tayyib Sahl ibn Muhammad al-Shafi^i 404 H.
4. Al-Hafiz Sahibul-Mustadrak al-Hakim Muhammad ibn ^Abdullah al-Naysaburi 405 H.
5. Al-Shaykh al-Husyan ibn Husayn al-Hamadhani 405 H.
6. Al-Shaykh Abu Muhammad al-Husyan ibn Ahmad ibn Al-Husayn al-Tara^ifi 405 H.
7. Al-Hafiz Abu ^Ali al-Husayn ibn Ahmad ibn Muhammad al-Kashi al-Shirazi 405 H.
8. Al-Imam Abu Bakr Muhammad ibn al-Hasan (Ibn Furak) 406 H.
9. Al-Qadi Abu Muhammad al-Husayn ibn al-Husayn ibn Muhammad al-Istarabadhi al-Ash^ari al-Shafi^i 412 H.
10. Al-Faqih Ja^far ibn al-Qasim Ja^far ibn ^Abdul-Wahid 415 H.
11. Al-Shaykh Abu Muslim Ja^far ibn Bay al-Jili 417 H.
12. Al-Nahwi Abu ^Ali al-Marzuqi 421 H.
13. Al-Faqih Abu ^Ali al-Husayn ibn ^Abdullah al-Bandaniji al-Shafi^i 425 H.
14. Al-Ustadh Abu Mansur ^Abdul-Qahir al-Baghdadi 429 H.
15. Al-Shaykh Abu Sa^d Isma^il ibn ^Ali al-Istarabadhi 440 H.
16. Al-Faqih Abul-Khayr Ja^far ibn Muhammad Ibn ^Uthman al-Marwazi 447 H.
17. Al-Shaykh ^Ali ibn Khalaf al-Maliki (Ibn Battal) 449 H.
18. Shaykhul-Islam Abu ^Uthman Isma^il ibn ^Abdur-Rahman ibn Ahmad al-Sabuni 449 H.
19. Al-Shaykh Abul-Hasan ^Ali ibn Muhammad ibn Habib al-Mawardi 450 H.
20. Al-Shaykh Bay ibn Ja^far Ibn Bay al-Jili 452 H.
21. Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn Husayn al-Bayhaqi (Naysabur) 458 H.
22. Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn ‘Ali Ibn Thabit ibn Ahmad ibn Mahdi al-Shafi^i al-Khatib al-Baghdadi 463 H.
23. Al-Shaykh Abu ^Ali Hassan ibn Sa^id ibn Hassan al-Makhzumi al-Haji 463 H.
24. Al-Shaykh Abul-Qasim ^Abdul-Karim ibn Hawazin al-Qushayri 465 H.
25. Al-Shaykh Abur-Rida Muhammad ibn Mahmud al-Tarazi *dilahirkan dalam tahun 469 H.
26. Al-Mutakallim Abul-Muzaffar al-Isfarayini 471 H
27. Al-Shaykh Abu Sa^d Isma^il ibn ^Abdul-Qahir al-Atrush al-Isma^ili 471 H.
28. Al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi 472 H.
29. Al-Shaykh Badil ibn ^Ali ibn Badil al-Barzandi 475 H.
30. Al-^Alim Abul-Qasim Isma^il ibn Mus^adah ibn Isma^il al-Isma^ili al-Jurjani 477 H.
31. Imamul-Haramayn Abul-Mu^ali ^Abdul-Malik ibn ^Abdullah al-Juwayni 478 H.
32. Al-Faqih Abu Sa^id al-Mutawalli al-Shafi^i 478 H.
33. Al-Faqih al-Husayn ibn ^Abdur-Rahman ibn al-Husayn al-Nihi al-Shafi^i 480 H.
34. Al-Shaykh Abu Muhammad Isma^il ibn al-Fudayl al-Fudayli al-Harawi 488 H.

Ulama Kurun Keenam Hijrah
1. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn Mahmud ibn al-Hasan al-Qazwini 501 H.
2. Al-Lughawi Abul-Qasim al-Husayn ibn Muhammad (al-Rajib al-Asfahani) 502 H.
3. Al-Shaykh Abul-Fadl Muhammad ibn Qinan ibn Hamid al-Anbari 503 H.
4. Al-Imam Hujjatul-Islam Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusi al-Ghazali 505 H.
5. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn al-Husayn 507 H.
6. Al-Shaykh Abul-Ma^in Maymun ibn Muhammad al-Nasafi 508 H.
7. Al-Imam Abul-Qasim Sulayman (Salman) ibn Nasir al-Ansari al-Naysaburi 512 H.
8. Al-Shaykh Abul-Wafa' ^Ali ibn ^Aqil al-Baghdadi al-Hanbali 513 H.
9. Al-Shaykh Abun-Nasr ^Abdur-Rahim ibn ^Abdul-Karim al-Qushayri 514 H.
10. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn Muhammad ibn ^Ali al-Khuzaymi 515 H.
11. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali Ibn Muhammad al-Larizi 518 H.
12. Al-Muhaddith Abul-Hasan Muhammad ibn Marzuq al-Za^farani 519 H.
13. Al-Shaykh Abul-Walid Muhammad ibn Ahmad al-Maliki (datuk Ibn Rushd) 520 H.
14. Al-Muhaddith Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad al-Fashani al-Marwazi 529 H.
15. Al-Faqih Abul-Husayn Muhammad ibn Muhammad al-Sahluki 530 H.
16. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn al-Fadl ibn Ahmad al-Farawi al-Naysaburi (Faqihul-Haram) 530 H.
17. Al-Qadi Muhammad ibn Muhammad al-Wasiti 530 H.
18. Al-Shaykh Abul-Futuh Muhammad ibn al-Fadl ibn Muhammad ibn al-Mu^tamid al-Isfarayni 533 H.
19. Al-Shaykh Abu Nasr Muhammad ibn Mahmud al-Sarakhsi 534 H.
20. Al-Shaykh Muhammad ibn al-Muntasir ibn Hafs al-Nuqani 535 H.
21. Al-Muhaddith Abu Hafs Najmud-Din ^Umar ibn Muhammad al-Nasafi 537 H.
22. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Madini 537 H.
23. Al-Qadi Abu Bakr Muhammad ibn al-Qasim ibn al-Muzaffar al-Shahrawarzi 538 H.
24. Al-Shaykh Abuth-Thana' Mahmud ibn Zayd al-Hanafi 539 H.
25. Al-Faqih Abu Abdillah Muhammad ibn ^Ali ibn Muhran al-Jazari 540 H.
26. Al-Qadi Abu Hashim Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Sawi 541 H.
27. Al-Shaykh al-Najib Muhammad ibn Muhammad ibn Abul-Qasim al-Bukhari 542 H.
28. Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-^Arabi al-Maliki al-Andalusi 543 H.
29. Al-Qadi ^Iyad ibn Musa al-Maliki (Marrakesh) 544 H.
30. Al-Shaykh Abus-Sa^adah Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad ibn al-Qasim 544 H.
31. Al-Qadi Abul-Fadl Muhammad ibn ^Umar ibn Yusuf ibn Muhammad al-Armawi 547 H.
32. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Karim al-Shahrastani 548 H.
33. Al-Hafiz Abu Tahir Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Marwazi 548 H.
34. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad ibn al-Fadl ibn ^Ali al-Marishki (al-Fakhr) 549 H.
35. Al-Shaykh Abul-Hasan Muhammad ibn al-Mubarak al-Baghdadi (Ibn Abul-Baqa') 552 H.
36. Al-Shaykh Abul-Futuh Muhammad ibn Muhammad ibn ^Ali al-Hamadhani 555 H.
37. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn ^Umar ibn Muhammad ibn Muhammad al-Shashi 556 H.
38. Al-Ghawth al-Sayyid al-Shaykh Muhyid-Din Abu Muhammad ^Abdul-Qadir al-Jilani (atau al-Jaylani) ibn Abi Salih Musa ibn Abi ^Abdillah ibn Yahya al-Zahid ibn Muhammad ibn Dawud ibn Musa ibn ^Abdullah ibn Musa al-Jun ibn ^Abdullah al-Muhd ibn al-Hasan al-Muthna ibn Amirul-Mu'min ^Ali ibn Abi Talib 471 - 561 H.
39. Al-Faqih Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Barawi 567 H.
40. Al-Shaykh Sirajud-Din ^Ali ibn ^Uthman al-Awshi al-Hanafi 569 H.
41. Al-Hafiz Abul-Qasim ^Ali ibn al-Hasan ibn Hibatullah al-Dimashqi (Ibn ^Asakir) 571 H.
42. Al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^i ibn al-Sultan ^Ali Abul-Hasan ibn Yahya al-Maghribi ibn al-Thabit ibn al-Hazim ibn Ahmad ibn ^Ali ibn Abul-Mukarim Rifa^ah al-Hasan al-Makki ibn al-Mahdi ibn Muhammad Abul-Qasim ibn al-Hasan ibn al-Husayn Ahmad ibn Musa al-Thani ibn al-Imam Ibrahim al-Murtada ibn al-Imam Musa al-Kazim ibn al-Imam Ja^far al-Sadiq ibn al-Imam Muhammad al-Baqir ibn al-Imam Zaynul-^Abidin ^Ali ibn al-Shahid al-Husayn ibn al-Imam ^Ali ibn Abi Talib 578 H.
43. Al-Faqih Abu Shuja^ Muhammad ibn Munjah ibn ^Abdullah 581 H.
44. Al-Hafiz Abu Musa Muhammad ibn ^Umar ibn Ahmad al-Madini 581 H.
45. Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn ^Abdullah al-Shahrazuri al-Mawsuli 586 H.
46. Al-Nasir Salahud-Din al-Ayyubi 532 - 589 H.
47. Al-Shaykh Abul-Fath Muhammad Ibn Mahmud At-Tusi 590 A.H.
48. Al-Qadi Abu Shuja^ Ahmad ibn al-Husayn al-Asfahani 593 H.
49. Al-Hafiz al-Mufassir Abul-Faraj ^Abdur-Rahman ibn al-Jawzi (Baghdad) 597 H.
50. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Ali ibn Muhammad al-^Uthmani (Ibnuz-Zaki) 598 H.
51. Al-^Imad al-Shaykh Muhammad ibn Muhammad ibn Hamid al-Asbahani (Ibn Akhil-^Aziz) 598 H.
52. Al-Shaykh Tajud-Din Muhammad ibn Hibatullah al-Makki al-Misri 599 H.

Ulama Kurun Ketujuh Hijrah
1. Al-Shaykh al-Mubarak ibn Muhammad (Ibnul-Athir) 606 H.
2. Al-Mufassir al-Mutakallim Abu ^Abdillah Muhammad Fakhrud-Din al-Razi 606 H.
3. Al-Shaykh Fakhrud-Din ibn ^Asakir 620 H.
4. Al-Shaykh Isma^il ibn Ibrahim al-Shaybani al-Hanafi 629 H.
5. Al-Mutakallim Sayfud-Din al-Amidi 631 H.
6. Al-Shaykh ^Umar al-Suhrawardi 632 H.
7. Al-Shaykh ^Abdul-Khattab ibn Dihya 633 H.
8. Al-Shaykh Jamalud-Din Mahmud ibn Ahmad al-Hasiri al-Hanafi 636 H.
9. Al-Shaykh Jamalud-Din Abu ^Amr ^Uthman ibn ^Umar al-Maliki (Ibnul-Hajib) 646 H.
10. Al-Shaykh Najmud-Din Mankubaras 652 H.
11. Al-Shaykh Abu Shama 655 H.
12. Al-Shaykh ^Abdul-^Azim al-Mundhuri (Mesir) 656 H.
13. Al-Imam al-^Izz ibn ^Abdus-Salam 660 H.
14. Al-Shaykh Muhammad ibn Ahmad al-Qurashi al-Hashimi 669 H.
15. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki 671 H.
16. Al-Shaykh Diya'ud-Din Abul-^Abbas Ahmad ibn Muhammad al-Qurtubi 672 H.
17. Al-Shaykh Ahmad al-Badawi (Tanta, Mesir) 675 H.
18. Al-Hafiz Abu Zakariyya Yahya Ibn Sharif al-Nawawi (Damsyik) 676 H.
19. Al-Shaykh Zakariyya ibn Muhammad al-Ansari al-Qazwini 682 H.
20. Al-Usuli al-Shaykh Ahmad ibn Idris al-Qarafi al-Maliki 684 H.
21. Al-Qadi ^Abdullah al-Badawi (Shiraz) 685 H.
22. Al-Shaykh al-Baydawi 685 H.
23. Al-Shaykh Zaynud-Din ^Ali ibn Muhammad ibn Mansur (Ibnul-Munayyir) 695 H.
24. Al-Shaykh Muhammad al-Busiri 695 H.
25. Al-Shaykh al-Salih ^Abdullah ibn Sa^d (Ibn Abi Jamrah) 699 H.

Ulama Kurun Kelapan Hijrah
1. Al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyud-Din Abul-Fath Muhammad ibn ^Ali ibn Wahb al-Qushayri (Ibn Daqiqil-^Id) 702 H.
2. Al-Mutakallim Ahmad ibn ^Ata'ullah al-Iskandari al-Shadhili 709 H.
3. Al-Mufassir ^Abdullah ibn Ahmad al-Nasafi 710 H.
4. Al-Lughawi Muhammad ibn Mukarram al-Ifriqi al-Misri (Ibn Manzur) 711 H.
5. Al-Muhaddith ^Ali ibn Muhammad al-Baji al-Shafi^i 714 H.
6. Al-Qadi Safiyyud-Din al-Hindi 715 H.
7. Al-Shaykh Sharafud-Din Abun-Nur Yunus ibn Ahmad ibn Salah al-Qalqashindi 715 H.
8. Al-Qadi Sirajud-Din Yunus ibn ‘Abdul-Majid ibn ^Ali ibn Dawud al-Arminti 715 H.
9. Al-Faqih Muhammad ibn ^Umar ibn Makki (Ibnul-Murahhal) 716 H.
10. Al-Faqih Fakhrud-Din ibn al-Mu^allim al-Qurashi 725 H.
11. Al-Qadi Kamalud-Din al-Zamalkani 727 H.
12. Al-Qadi Jamalud-Din Ahmad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Dibaji (al-Manfaluti) 730 H.
13. Al-Qadi Badrud-Din Muhammad ibn Ibrahim (Ibn Jama^ah) 733 H.
14. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Yahya ibn Isma^il al-Kilabi al-Halabi (Ibn Jahbal) 733 H.
15. Al-Shaykh ^Umar ibn Abul-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki 734 H.
16. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Muhammad al-^Abdari (Ibnul-Hajj al-Maghribi al-Maliki) 737 H.
17. Al-Mufassir ^Ali ibn Muhammad al-Khazin 741 H.
18. Al-Malik al-Nasir Muhammad ibn Qalawun 741 H.
19. Al-Hafiz Jalalud-Din Abul-Hajjaj Yusuf ibn al-Zaki ^Abdur-Rahman ibn Yusuf al-Dimashqi al-Mizzi 742 H.
20. Al-Shaykh Husayn ibn Muhammad al-Tibi 743 H.
21. Al-Shaykh ^Isa Abur-Rawh al-Zawawi 743 H.
22. Al-Shaykh Ahmad ibn ^Uthman al-Jawjazani al-Hanafi 744 H.
23. Al-Mufassir Muhammad ibn Yusuf (Abu Hayyan al-Andalusi) 745 H.
24. Al-Shaykh Fakhrud-Din Ahmad ibn al-Hasan al-Jarabardi 746 H.
25. Al-Hafiz al-Dhahabi 748 H.
26. Al-Qadi Muhammad al-Sa^di al-Misri al-Akhinna'i 750 H.
27. Al-Mujtahid al-Mutlaq Abul-Hasan ^Ali Taqiyyud-Din al-Subki 756 H.
28. Al-Imam ^Adadud-Din ^Abdur-Rahman al-Iji 756 H.
29. Al-Hafiz Salahud-Din Abu Sa^id Khalil al-^Ala'i 761 H.
30. Al-Shaykh Ahmad ibn al-Husayn ibn ^Ali al-Husayni al-Anji 765 H.
31. Al-Shaykh Muhammad ibn Isma‘il ibn Muhammad Badr al-Rashid al-Hanafi 768 H.
32. Al-Shaykh ^Abdullah ibn As^ad al-Yafi^ al-Yamani 768 H.
33. Al-Shaykh Tajud-Din Abu Nasr ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali al-Subki 771 H.
34. Al-Faqih Ibn Batutah 779 H.
35. Al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf al-Baghdadi al-Karmani 786 H.
36. Al-Shaykh Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Shatibi al-Andalusi 790 H.
37. Al-Shaykh Mas^ud ibn ^Umar al-Taftazani 791 H.
38. Al-Imam Muhammad al-Zarkashi 794 H.
39. Al-Shaykh Ibn Rajab al-Hanbali (Damsyik) 795 H.
40. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim al-Maliki 799 H.

Ulama Kurun Kesembilan Hijrah
1. Shaykh Ifriqiya Abu ^Abdullah ibn ^Arafah al-Tunisi al-Maliki 803 H.
2. Al-Mujtahid ^Alimul-Ard Sirajud-Din ^Umar al-Bulqini al-Shafi^i 808 H.
3. Al-Lughawi Majdud-Din Muhammad ibn Ya^qub al-Fayruzabadi 817 H.
4. Al-Hafiz Waliyyud-Din Abu Zur^ah Ahmad ibn ^Abdur-Rahim al-^Iraqi 826 H.
5. Al-Faqih Abu Bakr Taqiyyud-Din al-Husni al-Shafi^i 829 H.
6. Al-^Allamah ^Ala'ud-Din al-Bukhari al-Hanafi 841 H.
7. Al-Faqih Ibn al-Qadi Shuhbah al-Shafi^i 851 H.
8. Al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-^Asqalani 852 H.
9. Al-Shaykh Badrud-Din Mahmud ibn Ahmad al-^Ayni al-Hanafi 855 H.
10. Al-Shaykh Jalalud-Din Muhammad ibn Ahmad al-Mahalli 864 H.
11. Al-Shaykh Muhammad ibn Muhammad al-Hanafi (Ibn Amirul-Hajj) 879 H.
12. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim ibn ^Umar al-Baqa‘i al-Shafi^i 885 H.
13. Al-Shaykh Abu ^Abdillah Muhammad ibn Yusuf al-Sunusi 895 H.
14. Al-Shaykh Ahmad Zarruq al-Fasi al-Makki 899 H.

Ulama Kurun Kesepuluh Hijrah
1. Al-Qadi Mustafa ibn Muhammad al-Hanafi al-Rumi 901 H.
2. Al-Hafiz Muhammad ibn ^Abdur-Rahman al-Sakhawi 902 H.
3. Al-Hafiz al-Mujtahid Jalalud-Din ^Abdur-Rahman ibn Abu Bakr al-Suyuti 911 H.
4. Al-Shaykh Abul-^Abbas Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad al-Qastalani al-Misri 923 H.
5. Al-Qadi al-Shaykh Zakariya al-Ansari al-Shafi^i 926 H.
6. Al-Shaykh Jalalud-Din al-Dawwani 928 H.
7. Al-Shaykh Abu ^Ali Muhammad ibn ^Ali ibn ^Abdur-Rahman al-Dimashqi (Ibn ^Iraq al-Kinani) 933 H.
8. Al-Hafiz Muhammad ibn ^Ali al-Hanafi (Ibn Tulun) 953 H.
9. Al-Shaykh al-Sha^rani al-Misri 973 H.
10. Al-Shaykh Shihabud-Din Ahmad ibn Muhammad (Ibn Hajar al-Haytami) (Mekah) 907 - 974 H.
11. Al-Shaykh Muhammad al-Khatib al-Misri 977 H.
12. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad al-Witri 980 H.

Ulama Kurun Kesebelas Hijrah
1. Al-Shaykh Shamsud-Din al-Ramli 1004 H.
2. Al-Shaykh Mulla ^Ali al-Qari 1014 H.
3. Al-Shaykh Mansur ibn Yunus al-Buhuti 1015 H.
4. Al-Shaykh ^Abdur-Ra'uf al-Mannawi al-Shafi^i 1029 H.
5. Al-Shaykh Burhanud-Din Ibrahim ibn Ibrahim ibn Hasan al-Laqqani al-Misri al-Maliki 1041 H.
6. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad al-Maqqari al-Tillimsani al-Maliki 1041 H.
7. Al-Muhaddith Muhammad ibn ^Ali ibn ^Allan al-Siddiqi al-Shafi^i 1057 H.
8. Al-Shaykh ^Abdus-Salam ibn Ibrahim al-Laqqani al-Misri al-Maliki 1078 H.
9. Al-^Allamah Kamalud-Din al-Bayyadi al-Hanafi 1098 H.

Ulama Kurun Keduabelas Hijrah
1. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Baqi al-Zurqani al-Maliki 1122 H.
2. Al-Qutb Mawlana Sayyidul-Awliya' al-Shaykh al-Habib ^Abdullah ibn ^Alawi al-Haddad al-Hadrami al-Husayni al-Shafi^i 1132 H.
3. Al-Shaykh Muhammad ibn ^Abdul-Hadi al-Sindi al-Hanafi 1138 H.
4. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Nabulusi al-Dimashqi al-Hanafi 1143 H.
5. Al-Shaykh Isma^il ibn Muhammad al-^Ajluni 1087 - 1162 H.
6. Al-Musnid al-Muhaddith al-Shaykh Ahmad Waliyullah al-Dahlawi al-Hanafi 1176 H.

Ulama Kurun Ketigabelas Hijrah
1. Al-Shaykh Abul-Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir al-Maliki al-Misri 1201 H.
2. Al-Hafiz al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi al-Hanafi 1205 H.
3. Al-Mufti Muhammad Khalil al-Muradi 1206 H.
4. Al-^Allamah Muhammad ^Arafah al-Dusuqi 1230 H.
5. Mawlana Khalid ibn Ahmad al-Naqshabandi 1242 H.
6. Al-Faqih Muhammad Amin ibn ^Umar al-Hanafi (Ibn ^Abidin) 1252 H.
7. Al-Muhaddith ^Abdul-Latif FathuLlah al-Hanafi 1260 H.
8. Al-Shaykh Muhammad ^Uthman al-Mayraghani al-Makki al-Hanafi 1268 H.
9. Al-Muhaddith Muhammad ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Bayruti 1276 H.
10. Al-Shaykh Ibrahim al-Bayjuri al-Shafi^i 1277 H.
11. Al-Shakh Ahmad Marzuqi al-Maliki al-Makki [masih hidup pada] 1281 H.
12. Al-Shaykh Baha'ud-Din Muhammad Mahdi ibn ^Ali al-Sayyadi al-Husayni (al-Rawwas) 1287 H.
13. Al-Shaykh ^Umar ibn Muhammad al-Ansi al-Bayruti 1293 H.
14. Al-Shaykh ^Abdul-Ghani al-Ghanimi al-Maydani al-Hanafi 1298 H.
15. Al-Mutakallim ^Abdullah ibn ^Abdur-Rahman al-Dahlabi al-Hanafi [masih hidup pada] 1299 H.
16. Al-Shaykh Muhammad ^Ulaysh al-Maliki 1299 H.

Ulama Kurun Keempatbelas Hijrah
1. Mufti al-Shafi^iyyah fi Makkah al-Shaykh al-Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan 1304 H.
2. Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad al-Qawuqji al-Tarabulusi al-Hanafi 1305 H.
3. Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani al-Shafi^i 1316 H.
4. Al-Shaykh Mahfuz ibn al-Tarmasi al-Indunisi 1338 H.
5. Al-Mutakallim ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdur-Rahman al-Sakandari 1317 H.
6. Al-Shaykh ^Abdul-Basit al-Fakhuri 1323 H.
7. Al-Shaykh Husayn ibn Muhammad al-Jisr al-Tarabulusi 1327 H.
8. Al-Shaykh Rajib ibn Muhammad Jamalud-Din al-Bayruti 1328 H.
9. Al-Shaykh Muhammad Abul-Huda al-Sayyadi 1328 H.
10. Al-Shaykh Isma^il al-Rumi al-Hanafi 1330 H.
11. Al-Shaykh Salim al-Bishri al-Misri al-Azhari 1335 H.
12. Al-Shaykh Ahmad ibn Muhammad ibn HabibuLlah Bamba al-Baki al-Maliki (Ahmadu Bamba) 1345 H.
13. Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Sharnubi al-Azhari 1348 H.
14. Al-Mufti Mustafa ibn Ahmad al-Shatti al-Hanbali al-Dimashqi 1348 H.
15. Al-Shaykh Yusuf al-Nabahani al-Bayruti 1350 H.
16. Al-Shaykh Mustafa Naja al-Shafi^i 1351 H.
17. Al-Muhaddith Anwar Shah al-Kashmiri al-Hanafi 1352 H.
18. Al-Shaykh ^Abdul-Majid al-Maghribi al-Tarabulusi 1352 H.
19. Al-Shaykh Mahmud ibn Muhammad Khattab al-Subki al-Azhari 1352 H.
20. Al-Shaykh Muhammad al-Khadar al-Shanqiti 1353 H.
21. Al-Shaykh ^Abdul-Fattah al-Tarabulusi 1354 H.
22. Al-Mufti Muhammad Bakhit al-Muti^i al-Misri 1354 H.
23. Al-Shaykh Muhammad Hasanayn Makhluf 1355 H.
24. Al-Shaykh Muhammad ibn Ibrahim al-Husayni al-Tarabulusi 1362 H.
25. Al-^Allamah al-Shaykh Yusuf al-Dijwi al-Azhari al-Misri 1367 A.H.
26. Al-Shaykh Muhammad ^Abdul-^Azim al-Zurqani 1367 H.
27. Al-^Allamah al-Shaykh Muhammad Zahid ibn Hasan al-Kawthari al-Hanafi 1371 H.
28. Al-Shaykh Mustafa Wahib al-Barudi 1372 H.
29. Al-Shaykh Salamah al-Qada^i al-Shafi^i 1376 H.
30. Al-Hafiz al-Mujtahid Ahmad ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi 1380 H.
31. Al-Musnid Abul-Ashbal al-Habib Salim ibn Jundan al-Indunisi [masih hidup pada] 1383 H.
32. Al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ^Arabi al-Tabbani al-Maliki 1390 H.
33. Al-Shaykh Abu Hamid ibn Marzuq al-Makki 1390 H.
34. Al-Shaykh Muhammad al-Tahir ibn ^Ashur al-Maliki 1393 H.
35. Al-Shaykh ^Abdul-Karim al-Rifa^i al-Dimashqi 1393 H.

Ulama Kurun Kelimabelas Hijrah
1. Al-Muhaddith ^Abdullah ibn Muhammad ibn al-Siddiq al-Ghumari al-Maghribi 1413 H.
2. Musnidud-Dunya Shaykhul-Hadith Muhammad Yasin ibn ^Isa al-Fadani 1410 H.
3. Al-Hafiz al-Waliyyus-Salih al-Zahid al-Shaykh ^Abdullah ibn Muhammad al-Harari al-Shaybi 1429 H
4. Al-Shaykh Tuan Guru Hj. Abdullah bin Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah al-Kalantani (1429 H)
5. Al-Shaykh Muhammad Nurud-Din Marbu al-Banjari al-Makki.

Ya Allah, jadikan hidupku sebagaimana kehidupan para ulama, amin ya Rabbal-^alamin bi-jah Sayyidina Muhammadinil-amin sayyidil-^ulama'il-^amilin...

Tuesday, July 31, 2012

Sayyidi Abdul Rashid bin Muhammad Sa'id Part03




ADMIN hanya ada video Sidi Rashid bermula daripada Part 03. Sekiranya insyallah saya akan sharekan disini.

Thursday, June 21, 2012

Doa Ditimpa Musibah

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” 

Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. Doa istirja’ ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu  Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:


“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik” (HR Muslim 2/632).


Sumber: ikim.FM 21/06/2012 dan http://www.mohamadazhan.com

Tuesday, May 22, 2012

Ahlan Wa Sahlan Rejab



Selamat datang bulan Rejab 1433, semoga kita menyambutnya sebagaimana Rasulullah meraikan kedatangan bulan Rejab dengan membaca doa berikut:








Syarah Ustaz Don Daniyal:


Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...


Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT...


Pesan dan Peringatan Guruku untuk disampaikan:

Rasulullah SAW menggalakkan kita banyak berpuasa dan beribadah pada bulan2 ini disamping membanyakkan juga pada bulan2 lain. 

Amalan Bulan Rejab (Buat mana yang mampu):
10 mlm Pertama: SUBHANAL HAYYUL QAYYUUM   100x @ 313x @ 1000x
10 mlm Kedua: SUBHANALLAAHIL AHADUSSOMAD 100x @ 313x @ 1000x
10 mlm Ketiga: SUBHANALLAAHIR RAUUF             100x @ 313x @ 1000x

Jadi jom kita pakat2 buat amal sebagai persediaan kita untuk menghadapi satu bulan yang amat mulia iaitu Bulan Ramadhan.

Wallahu'alam