Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, January 29, 2013

Majlis Maulud Nabi dan Haul di Johor

Kembara aku kali ini ke Kempas, Johor menghadiri Majlis Maulud Nabi dan Haul YM Sidi Muhammad Said di Surau Ikhwan Johor. Hari Ahad 26/01/2013 Jam 11:15 AM aku dah sampai ke dalam kawasan kelapa sawit di Kg Sri Aman dimana terletaknya surau ini.

Suasana gotong royong menyediakan juadah untuk majlis diselangi ketawa gurau senda ikhwan2 menghilangkan rasa penat lelah. Malah layanan mesra tuan rumah menyambut ikhwan2 yang datang daripada KL, N9, Kuching, Singapura, Brunei, Pulau dan KB serta pelbagai tempat lagi. Menunjukkan keakraban dan memudahkan kerja2 penyediaan majlis.

Pihak tuan rumah memulakan Majlis Maulud sebaik sahaja YM Sidi Mohsin sampai. Alhamdulillah bacaan 18 rawi beserta doa bermula jam 3:00PM dan tamat dalam jam 5:00PM.

Manakala majlis haul YM Sidi Muhammad Said bermula selepas solat Isyak. YM Sidi Mohsin memulakan majlis dengan meriwayatkan sejarah YM Sidi Muhammad Said sebagai pengetahuan untuk para Ikhwan. Malah YM Sidi juga menjelaskan apakah itu majlis haul dan kenapa kita mengadakan majlis haul. (Maaf saya tidak akan menghuraikannya kerana bukan tempatnya disini). Majlis Haul habis dalan jam 9:45PM dan disambung dengan makan. YM Sidi Mohsin membuka majlis bertanya lebih kurang jam 10:30PM kepada para ikhwan. Majlis berlarutan sehingga hampir jam 2:00pagi.

Alhamdulillah atas izinNya, aku dapat sampai sebagaimana YM Sidi bisikkan diakhir Majlis Maulud sebelah petangnya.

No comments: