Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, March 6, 2012

Siapakah Orang Paling Cerdik/Pandai dalam dunia?


Suatu hari seorang anak yang sedang membesar kepada remaja bertanya soalan kepada ayahnya.
Anak: "Baba, siapakah ustaz yang paling pandai didunia ini?". 
Ayah: Si ayah diam sebentar lalu menjawab sambil membetulkan pandangan si anak, "Wahai anakku, baba tidak tahu ustaz mana yang paling bijak didunia ini, tapi baba boleh beritahu siapa orang yang paling bijak dalam dunia ini? 
Anak: "Siapakah orang itu?"
Ayah: Sambung si ayah lagi, "Ayah boleh beritahu dengan syaratnya bila engkau menemuinya kelak turutilah jejak langkahnya, insyallah engkau selamat dunia akhirat"
Anak: "Siapa dia baba?" dengan tidak sabarnya.
Ayah: "Orang itu selalu mengingati mati dan menyediakan dirinya untuk menghadapi mati dengan amal soleh sebagaimana diperintahkan Allah dan disampaikan Rasul-Nya."
Anak: "Macam mana baba tahu?"
Ayah: "Sebab Rasulullah saw memberitahunya. Sebagaimana sifat seorang Rasul-Nya yang engkau pelajari disekolah iaitu Tabligh dan Amanah, maka wajib atas kita meyakininya"
Anak: "Macam mana kita nak tahu orang tu?"
Ayah: "Wahai anakku, cari lah mereka dengan rasa rendah diri sebagai mana pergantungan kita dengan sifat Iradat Allah yang baru sahaja engkau baca bersama baba."
Anak: Kelihatan kurang berpuas hati dengan jawapan.
Ayah: "Anakku, jam dah pukul 10 malam, insyallah baba akan beri terangkan lagi pada masa lain dengan jawapan yang lebih jelas" potong ayah kerana ingin mengambil masa untuk bersedia memberi jawapan sambil mengakui kekerdilan ilmu yang ada pada dirinya.
ORANG YANG CERDIK

Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang cerdik itu adalah orang yang merendahkan dirinya, dan beramal untuk sesuatu -kehidupan- sesudah mati. Sedangkan orang yang kerdil itu adalah orang yang memperturutkan jiwanya kepada hawa nafsunya, kemudian berkhayal terhadap -rahmat- Allah".
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4260.

No comments: