Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Showing posts with label Kembara Emas. Show all posts
Showing posts with label Kembara Emas. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Hakikat Cinta


Perjalanan kehidupan manusia diatas mukabumi pasti diselubungi dengan CINTA. Tidak percaya? Sedar tak, semenjak kita belum lahir lagi, masih dalam masa berenang2. Cinta jugak menyebabkan ia berenang2. :P

Cuba kita perhatikan dan renungkan kita lahir pun atas dasar cinta. Ada lahir kerana cinta sebuah perkahwinan, ada juga terlahir daripada cinta sebuah nafsu. Masih cinta kan?

Lepas lahir, kita jugak membesar atas sebab cinta. Maka kita juga membentuk sebua cinta berdasarkan latarbelakang kita masing. Ada yang cintakan kerjayanya. Ada yang cinta duitnya. Ada yang cinta perempuannya.

Pasti ada yang kata kalau yang buruk tu bukanya cinta itu nafsu, hasad dengki dan sebagainya. Mungkin betul... Tapi bukankah sifat2 itu hasil daripada cinta... 
Cintakan dunia melebihi akhirat, 
Cintakan harta melebihi faqir, 
Cintakan pangkat melebihi rakyat, 
Cintakan diri melebihi Allah dan RasulNya...

Jadi cinta bukanlah suatu yang buruk. Ia hanya pemangkin kepada pilihan yang kita buat.

Maka hendaknya kita cuba sedaya upaya memilih Hakikat Cinta yang sebenar, yang kekal selamanya. Yang pasti membawa kepada kehidupan yang kekal disana kelak...

Saturday, August 3, 2013

CP: Nilai Matawang Semakin Susut

Sumber: Carl Samsudin

Hasil kajian dan kerja aku pada tahun 2012 ini yang telah banyak merebak ke banyak tempat dan banyak digunakan oleh mereka untuk memberi kesedaran tentang pentingnya emas berbanding duit kertas dan aku post kembali ke wall aku. Tahun 2012 aku sangat mengkaji perihal duit dan matawang. Sehingga aku jumpa apa erti sebenar duit. Sila baca!

...............................................................................

(1) - Pada tahun 2000, dengan RM1, kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja,

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen sahaja pada tahun 2000. Kerana nilai matawang ringgit kita semakin jatuh saat demi saat tanpa kita sedari. Bagi sesetengah yang tidak ambil peduli, inflasi ini cuma pekara biasa.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan (4,5 dan 6). Pada tahun 2012, nilai RM 1 Juta hanya bersamaan dengan RM 400Ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda seorang jutawan pada tahun 2012 dengan memiliki RM 1 Juta. Maka, sesiapa sahaja yang mempunyai RM 400 Ribu pada tahun 2000 juga adalah seorang jutawan kerana nilai duit mereka dan anda adalah sama!

(8) - Terlampau ramai orang Melayu dipengaruhi dengan pelaburan ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau ada calculator di sisi anda, cuba anda kira sekiranya anda melabur RM 400 Ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen purata 9% setahun. Adakah duit anda menjadi sekitar RM 1 Juta pada tahun 2012? Iya bukan? Anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja? *Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.
ADMIN: Boleh baca artikel KopiPes berkenan untung rugi ASB

(9) – Bicara tentang Real Estate. Kalau anda membeli rumah RM 400 Ribu pada tahun 2000, adakah rumah anda bernilai RM 1 Juta pada tahun 2012? Mustahil bukan? Kecuali di kawasan yang betul-betul membangun. Dan jangan juga lupa, kebanyakan membeli rumah secara loan. Mungkin sebenarnya anda membayar hampir RM 700 Ribu untuk rumah RM 400 Ribu. Anda rasa ini satu keuntungan atau KERUGIAN? Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(10) – Gold Tell The Truth. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 Ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya melabur ke dalam ASB mahupun dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah menjadi RM 2.5 JUTA! pada tahun 2012. PERCAYALAH.

Jika anda mempunyai peti keselamatan yang tidak akan dibuka selama 10 tahun, anda lebih rela mengisi dengan:

a. 1 gram emas
b. Rm180.00

*Kenapa ini terjadi? Ini terjadi disebabkan inflasi. Inflasi terjadi apabila our 'central bank' print money out of nothing, out of thin air. Dia just print money bila ada permintaan dari bank-bank dan kerajaan. Semakin banyak our 'central bank' print money, semakin tidak bernilai duit tersebut. Ini dipanggil FIAT MONEY. Fiat money ini terhasil dari undang-undang dan peraturan sesuatu kerajaan. Bukan seperti yang kita belajar di sekolah - duit dicetak berdasarkan simpanan emas di dalam bank.

*Semakin banyak duit dicetak semakin susah hidup kita. Selagi kita menggunakan conventional bank untuk membuat pinjaman, beli rumah dan credit card. Semakin banyak duit akan dicetak berdasarkan adanya 'interest/riba'. Sebab itu dari dahulu lagi Islam meharamkan riba. Sekarang baru kita nampak. Para sahabat Rasulullah tidak nampak kenapa bahayanya riba. Umat akhir zaman je yang akan merasai.

*"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

* Emas merupakan simpanan terbaik dan jauh lebih hebat dari ASB dan emas juga bukanlah satu pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam emas, cuma buat simpanan dalam emas.

**** p/s: SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA

Sumber Asal: Carl Samsudin

Friday, August 2, 2013

CP:Kerusi Selesa Aircond Pejabat

Sumber Asal Carl Samsudin

Salam barakah Jumaat.

Ini merupakan kajian yang aku buat pada tahun 2011 - salah satu kajian yang menyedar dan membuka mata aku untuk keluar dari kerusi selesa.

GDP per Capita atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah satu cara untuk mengukur ekonomi/pendapatan negara per individu. Kita dimaklumkan di dalam pembentangan bajet setiap tahun dimana pendapatan Malaysia per individu meningkat sebanyak 600% dari tahun 1980 hingga ke tahun 2011. Ini bersamaan dengan kenaikan pendapatan per individu sebanyak 7 kali ganda pada tahun 2011 berbanding 1980. Dimana, dari pendapatan per individu sebanyak RM6,900 setahun (RM575 sebulan) pada tahun 1980 kepada RM47,400 setahun (RM3950 sebulan) pada tahun 2011. Ini bermakna, setiap individu pada tahun 2011 adalah 7 kali ganda lebih mewah/kaya berbanding individu pada tahun 1980.

Jika diteliti dan buka minda agar dapat perhatikan dengan lebih halus dan teperinci - pada tahun 1980, kebanyakanya hanya suami sahaja yang akan keluar bekerja dan isteri hanya berada di rumah sebagai housewife. Mereka kebanyakkanya mempunyai anak-anak yang ramai, mempunyai sebuah rumah bertanah yang habis dibayar dan kereta. Dan tambahan pula pada tahun 1980, kad kredit masih tidak dicipta. Adakah mereka 7 kali ganda lebih susah berbanding kita di tahun 2011?

Soalan yang harus difikirakan: Adakah kita sekarang 7 kali lebih mewah dari mereka? Adakah kita mempunyai 7 buah rumah yang habis dibayar? Adakah kita mempunyai 7 buah kereta? Adakah kita sanggup mempunyai anak-anak ramai dan mampu menanggungnya? Adakah isteri kita hanya berada di rumah? Bagaimana untuk 20-30 tahun akan datang? 

Kita sekarang NAMPAK kaya kerana kita BERHUTANG. Akaun diri kita adalah NEGATIVE.

Renungkan. Cari sumber pendapatan lebih, kerana kita bakal dipenggal kepala kalau masih duduk di kerusi selesa aircond pejabat.

'Mereka' tipu anda.

Sumber Asal: Carl Samsudin

Monday, July 29, 2013

Apa Hukum Pelaburan Amanah Saham?


Bagi rakan-rakan yang masih terkeliru tentang kedudukan pelaburan ASB dan ASN. Mungkin anda akan lebih keliru jika anda rujuk keputusan fatwa mengikut negeri:


1. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang - Dividen ASN & ASB adalah Haram
2. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang (30 Aug 1983) - Dividen ASN adalah Halal dan Harus digunakan untuk menunaikan Fardhu Haji
3. JK Fatwa Majlis Agama Islam Terengganu (1 Mar 1993) - Melabur ASB & ASN Tidak Haram
4. Muzakarah JK Fatwa MKI Ke-80 (3 Feb 2008) - Harus
5. Mesyuarat Majlis Fatwa WP Kuala Lumpur (27 May 2008)- Harus (Diwartakan)
6. Majlis Fatwa Pahang (18 Jun 2008) - Haram sehingga pelaburan menepati Jawatankuasa Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
7. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Kelantan (27 Dec 2009) - Melabur ASN & ASB adalah Harus
8. Mesyuarat JK Fatwa Selangor (12 Apr 2011) - Tidak Halal
9. Mesyuarat JK Fatwa Negeri Sembilan (30 Aug 2012) - Bersetuju dengan keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI (No. 4)

Saya ringkaskan sahaja nama Majlis dan Jawatankuasa, semua maklumat diatas boleh didapati daripada link yang diberikan.

Bagi No 1 memang tiada tarikh keputusan. Manakala fatwa yang dikeluarkan juga bercanggah dengan No 2. Mungkin disebabkan masa dan/atau maklumat berbeza.

Kita boleh pilih untuk menggunakan mana-mana keputusan daripada Majlis Fatwa diatas. Sebagai Muslim mungkin lebih baik kita tidak mengikut secara membuta tuli sahaja. Kita semua boleh baca apa yang tertulis didalam keputusan fatwa-fatwa diatas. 

Bagi saya sekiranya jika terdapat keraguan atau was-was, maka lebih baik tinggalkan perkara tersebut. Anda ada aqal dan Iman sebagai panduan dalam keadaan yang gelap dan suram, inikan pulak yang terang lagi bersuluh. Sekiranya tiada jawapan maka ambillah pengajaran dengan mengingati Mati.

Wallahualam

Thursday, July 25, 2013

CP: Loan ASB UNTUNG @ RUGI?



Analisis ringkas tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Contoh simpanan ASB ialah RM 100,000 yang terdiri dari Deposit Tunai RM 5,000 RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan pinjaman RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kepada anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan selepas 20 tahun, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
Hasil pengiraan: jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8 tahun. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan untuk 8 tahun juga, nilai pelaburan selepas 8 tahun adalah RM 8,590.

Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan.

Bagi pinjaman bank RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (harga kos)

Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)

Duit Yang Anda Terima = RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dlm masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar = RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM 383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'

Nilai Pelaburan jika anda melabur dengan duit sendiri = RM 383,018

Nilai Perolehan jika anda ambil pinjaman = RM 240,000 (-)

Kehilangan Untung 
RM 143,018 (loss of potential gain)


Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Siapa yang rugi sebenarnya? ==> Anda

Sepatutnya anda boleh untung RM 143,018, tetapi anda cuma untung RM 64,641 sahaja apabila guna ASB loan. Bank yang untung lebih RM 80,000. Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.


Sumber Asal: Scha Alkhaireed

Wednesday, July 17, 2013

Kalaulah Saya Tahu Dulu

Analisis pelaburan / investment peribadi / personal. Ini hanyalah pengalaman saya dalam pelaburan / investment. Saya masih belajar dan kongsikan apa saja yang saya tahu berkenaan pelaburan gold / emas dan perak / silver..

Betapa untungnya memulakan simpanan dalam bentuk emas / gold. Sila lihat apa yang pernah saya buat dulu kalau saya buat dengan cara lain.

Tuesday, July 16, 2013

UTUBE: Kiyosaki Ajak Labur Perak

Nasihat pelaburan daripada seorang yang berjaya, sudah tentu bernilai harganya. Berikut adalah nasihat pelaburan daripada Rober Kiyosaki.

Jom menyimpan dalam Perak (Silver) sekiranya kita tak cukup fiat nak tukar kepada Emas. Tukarlah fiat kepada Perak sebagai ganti simpanan jangka panjang. Insyallah. 

2011 Silver is the best Investment Robert Kiyosaki



Kongsi Cara Pilih Produk Emas Atau Perak

Semenjak Jun 2011, saya telah mengumpul maklumat dan menganalisis emas dan perak termasuk dinar dan dirham yang ada di Malaysia. Saya membuat  perbandingan ini adalah untuk memastikan saya membuat pembelian emas atau perak mengikut keperluan dan tujuan pembelian tersebut. Ia juga dapat membantu saya agar yakin bahawa emas/perak tersebut adalah benar-benar tulen dan diakui standardnya.

Monday, July 15, 2013

4 Soalan Sebelum Pilih Emas Atau Perak

Semakin ramai yang celik emas, semakin ramai yang mula menyimpan emas. Semakin ramai yang mencari emas. Semakin banyak juga soalan-soalan tentang emas yang saya terima. Terutama soalan dalam membuat pilihan. Contohnya:


Nak simpan apa?
Gold bar kah?
Dinar kah?
Barang kemas ok ke?
Dirham atau silver?
Macammana nak pilih?
Untung ker?
Pelaburan yang bagus ker?

Senarai DnD Dipasaran, Dinominasi dan Rujukan


Ada dua (2) Spesifikasi :
  1. Dinar dan Dirham: (mana-mana yang berkalimah tauhid/inskripsi basmallah)
  2. Dinarius/Denarius dan Drachma: (mana-mana yang tiada berkalimah tauhid/inskripsi basmallah)

(Berkalimah Tauhid) - DINAR
1. Dinar GCP (999.9) 1 - Malaysia

Sunday, July 14, 2013

BERITA: Tindakan Zarah Emas

Tindakan Kerajaan Kelantan meminda Enakmen Emas / Gold adalah salah satu langkah bijak untuk menjaga kepentingan rakyat. Ketepikan dulu perbezaan politik, kita ambil yang baik untuk pelihara Agama, Bangsa dan Negara. 




3 Tips Tambah Simpanan


Sebenarnya kaedah dan teknik simpanan emas adalah Mudah sahaja! Sekiranya anda bermula dengan berfikiran terbuka untuk menerima pengetahuan baru yang tidak sama dengan apa yang pernah kita pelajari dulu. Berikut adalah tips dan teknik yang telah dikongsi oleh seorang cikgu dalam bidang simpanan emas yan telah saya olahkan berdasarkan pengalaman cetek saya sendiri.


Saturday, July 13, 2013

Tangguh Niat Beli Rumah


Saya kongsikan petikan penyataan daripada rakan FB, Carl Samsudin , GIC.

"Jangan mudah terpengaruh dengan 'real estate investment'. Read and research dahulu. This is not the best time lagi untuk 'real estate investment'. Siapa yang belum lagi membeli rumah, STOP dahulu. Jangan beli lagi now. Cause harga rumah akan jatuh merundum dalam beberapa tahun lagi. Ini dipanggil 'housing bubble'. Graf ini menunjukkan harga rumah di United States based on gold ratio. Malaysia akan menjadi berini 10 tahun lagi. We are 10 years behind United States. So the best way to be RICH is only one way, INVEST.SAVE.OWN.GOLD! Then after 10 years you can easily pay cash for your BIG-BIG HOUSES. Untuk contoh terdekat, kita tengok negara jiran selatan kita, Singapore, harga-harga rumah di negara itu semakin jatuh hari-demi hari. We will follow it soon!" 
 - Carl.S, 2012

"Apa yang terbaik sekarang adalah; 1. If nak beli kereta, beli yang murah-murah dulu. so bulanan bayar sikittt jek. then duit lebih tukarkan kepada emas. 2. If nak beli rumah, hold dulu, kalau boleh sewa dahulu, cari yang murah-murah, then duit lebih tukarkan kepada emas. Buat dalam 5--10 tahun. InsyaAllah, kita nampak miskin now tapi kita akan senang dimasa hadapan. Im telling you the truth. NOT LYING." 
 - Carl.S, 2012

Tips yang no 1 adalah sangat bagus dalam keadaan ekonomi sekarang. Tapi dah terlambat, saya sendiri  telah melakukan kesilapan dalam pembelian kereta jadi saya sarankan para pembaca artikel ini untuk mengikuti sarananan ini dengan mengkaji dulu keadaan ekonomi semasa.

Bagi yang hendak menjual rumah, mulakan langkah anda dengan segera ketika harga tengah tinggi. Kemudian tukarkan kepada Emas seberapa segera untuk membeli rumah yang lebih besar apabila keluarga dah tambah membesar..:)  

5 Sebab Simpan Emas

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..  Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu.  Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.


Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

  • Emas adalah lambang kekayaan
  • Emas adalah lambang kecantikan
  • Emas adalah lambang kekuasaan

Friday, July 12, 2013

Duit Kertas Vs Duit Emas


Di zaman ini duit kertas merupakan sistem kewangan yang diterima pakai oleh hampir semua negara di dunia, sama ada secara rela atau paksa (rela-paksa). Namun bagi yang ada kesedaran berkenaan wang kertas ini akan menjadikan emas atau perak sebagai satu lagi matawang atau penyimpan kekayaan selain wang kertas. Caranya ialah menjadikan duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai simpanan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh Bank Negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.

Thursday, July 11, 2013

ASB Melabur Kilang Arak


Sebagaimana yang kita ketahui, PNB adalah merupakan tempat pelaburan bagi ASB.Mungkin ramai yang tidak mengetahui,dan saya rasa tanggungjawab untuk memberitahu kepada semua yang belum mengetahui, bahawa PNB adalah merupakan pemegang saham di SYARIKAT HAP SENG CONSOLIDATED BHD.Sebanyak 76,555,492 jumlah saham yang dilaburkan oleh PNB di dalam syarikat tersebut.Syarikat Hap Seng Consolidated Bhd adalah pelabur KEDUA TERBESAR dalam CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BHD sebanyak 39,326,250 unit sesaham.

Penipuan Label Karat Emas



Pernah anda dengar emas yang dibeli di kedai emas berkadar (rate) 916, tetapi apabila di bawa ke Agro atau Ar-Rahnu ia dinilai pada kadar yang lebih rendah daripada 916. Contohnya emas 999 pergi kepada 916 atau 875, emas 916 turun kepada 875 atau 835 apabila timbang dengan desimeter. Contoh penipuan yang dilaporkan akhbar-akhbar semasa, sila lihat di myMetro | Tipu emas
Tahukah anda? Emas yang dibeli dikedai emas tersebut adalah emas tarik (refine gold). Lihat contoh gambar diatas. Sebenarnya emas 916 hanyalah pada cangkuk yang ditunjuk dengan anak panah merah. Sebab itu, cop 916 hanya ada pada cangkuk tapi tiada pada badan yang ditunjukkan oleh anak panah biru.

Wednesday, July 10, 2013

UTUBE: Sistem Perbankan Islam Juga Satu Penindasan?

Persoalan asas dalam keberkesanan ekonomi Islam. Satu forum yang merungkai beberapa persoalan yang sering di keutarakan. Ia memberikan satu prespektif tentang perbank Islam.

Panel: 
Datin Aziyan - CIMB Ketua Unit Customer Resolusi
Dr Azman Mohd Noor - UIA
Sheikh Imran Hosein


7 Jangan Dalam Biz


Pertama sekali jangan memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.  Janganlah terikut-ikut dengan "sindrom goreng pisang," di mana bila ada orang berniaga goreng pisang, semua orang nak berniaga goreng pisang.

Zakat Emas & Perak - Lembaga Zakat Selangor


Emas dan perak adalah termasuk barangan berharga yang wajib dikenakan zakat. Kewajipan zakat emas dan perak ada disebut didalam dalil Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sempena kedatangan Ramdhan 1434 yang mulia ini, mari kita semak dan lihat semua simpanan Emas dan Perak. Semoga cukup tempoh dan jumlahnya untuk membayar Zakat Harta. Janag lupa Zakat Fitrah jugak.