Pelaburan yang bagus ker?
Selalunya jawapan saya adalah dengan soalan juga:
Saya tidak berapa setuju emas atau perak dijadikan sebagai pelaburan terutama kepada individu yang baru menceburi bidang Emas atau Perak kerana:
- Perlu ada ilmu dan faham analisis teknikal dan fundamental.
- Perlu ada Ilmu dan faham tentang pelaburan
- Perlu ada modal yang agak besar.
Saya lebih suka menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyimpan harta atau kekayaan dalam bentuk emas atau perak berbanding wang fiat.
- Untuk simpanan menggantikan simpanan wang kertas. Ia adalah simpanan jangka masa panjang. - Jongkong Emas / Gold Bar
- Kalau Bajet kecil - Jongkong Perak / Silver Bar atau Dinar dan Dirham
- Untuk muamalat (jual beli), bayar zakat dan seumpamanya. Tidak semestinya dibelanjakan sekarang - Dinar dan Dirham. Khususnya Dinar dan Dirham KGT (Kelantan) kerana ia dikeluarkan oleh Pemerintah.
- Pakai untuk bergaya sambil simpan - Barang kemas Emas
- Susut nilai yang tinggi
- Apabila tukar beli( Trade in) akan merugikan pemilik kerana ia dibeli sebagai emas terpakai.
- Perlu simpan lebih lama, lebih daripada 3 tahun untuk elakkan kerugian disebabkan susut nilai.
Saya membeli emas atau perak adalah untuk simpanan. Saya mendaftar sebagai agen, hanya kerana ada sedikit komisyen yang membolehkan saya mendapat harga yang lebih rendah. Saya berkongsi dengan keluarga dan sahabat handai, secara automatik ia menjadi perniagaan.
No comments:
Post a Comment