Wednesday, May 8, 2013

Petua: Elakkan Bubuk Beras


Kompilasi petua untuk elakkan bubuk beras.

1. Cara paling sengkek: Simpan beras dalam botol plastik biasa 1.5L tu. Masukkan beras guna corong - hentak-hentak sampai padat sambil isikan beras sampai penuh - dan tutup mulut botol kuat-kuat. Oleh kerana botol plastik ni berbentuk seperti tiub maka beras akan padat dan kurang udara di dalam botol.

2. Cara sederhana: Vacuum beras dalam plastik sealer. Boleh guna vacuum kereta RM40 dan plastik sealer RM40 saja.

3. Cara up sikit: Simpan beras dalam tong kalis udara, tekan sehingga padat, dan kemudian gunakan baking soda untuk menghasilkan karbon dioksida didalam tong tu bagi menggantikan oksigen. Rasanya ini konsep yang sama digunakan oleh US untuk menyimpan bijirin makanan dalam kuantiti yang besar.

4. Cara Cili: Letak beberapa tangkai cili kering dan serai  dalam bekas beras.

5. Letak daun limau nipis/purut dan masukkan ke dalam bekas beras. Cara ini, selain tidak berkutu, beras juga akan berbau wangi.


6. Cara Jemur Beras di Tengah Panas: Letakkan beras di atas dulang dan kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat yang lembap atau boleh juga tampi beras dengan dulang untuk keluarkan kutu beras.



7. Cara Bawang Putih: Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh gunakan tips halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Bau bawang putih dapat menghalau kutu beras.

8. Cara Daun Pudina: Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras.

9. Cara Kulit Kayu Manis: Masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghalau kutu beras.


Selamat mencuba. Especially preppers.

Sumber: 
http://afterdarkwrites.blogspot.com/
http://amad-jalanan.blogspot.com
http://www.anastasyea.com

Petua: Menghalau Nyamuk



Kaedah SELAMAT dan BERKESAN untuk menghalau nyamuk! 
1. Potong separuh daripada limau nipis 
2. Cucuk beberapa ulas cengkih keatas limau nipis (Sila rujuk Gambar)


Selamat Mencuba.

Friday, April 19, 2013

PRU 13: Mari Mengundi


1. Hari-hari duk dengar kempen parti yang bertanding. Tidak kira di TV atau diradio atau daripada yang muda sampai yang tua. Masing2 punya pendapat dan kecenderungan kepada satu-satu parti. Ada yang bersederhana ada yang agak mendesak agar memberi sokongan kepada pandangan dan pendirian parti yang disokong.

2. Di musim raya yang ini, ayat-ayat atau soalan-soalan lazim di musim pilihanraya:
"Kau mengundi kat mana?"
"Balik mengundi tak?"
"Baliklah, jalankan tanggungjawab."
"Kita kena tukarlah sekali sekala"
"Bla.. bla.. bla.. ini tak betul.. Bla..bla.."

3. PRU kali ini aku banyak diam, walaupun yang PRU 2008 pun memang aku tak banyak cakap sangat sebab aku bukan orang yang pandai berpolitik partisan ni. Yang aku pasti, tanggungjawab menjadi pemimpin yang dipilih rakyat adalah amat berat, namun ia tetap menjadi idaman ramai...

4. Emak aku sebelum parlimen bubar lagi, sebelum bulan Mar 2013 lagi dah siap ingatkan aku balik mengundi. Jalankan tanggungjawab memilih parti yang bertonggakkan Islam dan parti yang berkerjasama dengan parti yang medokong Islam. Aku sebagai anak yang tak mahu derhaka, cuma boleh kata, PRU13 ni rasanya tak balik mengundi lah mak. Maka bertabur lah peluru pertanyaan.

5. Soalan lazim bila aku jawab macam diatas. tak kiralah daripda emak aku atau orang lain:
"Tak baik tak jalankan tanggungjawab pada negara"
"Rugilah satu undi untuk tukar/kekalkan kerajaan sekarang"
"Fatwakan dah keluar wajib mengundi, tu sapa Yusuf Qardhawi..bla bla (citer pasal fatwa atau S Yusuf)"
"Cuba bagitau kenapa kau tak nak mengundi ... bla bla..(explain kepentingan mengundi)"

6. Kekadang aku tak jawab or balas pertanyaan mereka, tapi aku jawab dan jelaskan kenapa kepada emak aku. Pertama memang aku ada keje time tu dan nak balik agak jauh dan meletihkan ditambah tiada cuti extra utk aku. Kedua memang aku ada sebab tersendiri (sori tak ble lah nak explain dalam blog ni), emak aku nampak macam paham apa yg tersirat dalam hati aku. So dia pesan jangan larang bini aku pegi mengundi. Aku angguk jer.

7. Untuk mereka yang pergi mengundi Selamat mengundi dan bagi mereka yang masih blur tak tahu nak undi siapa atau yang masih berfikir nak mengundi atau tidak berikut adalah beberapa sedutan pendapat yang boleh anda pertimbangkan. 

Pandangan Faznita:
"Soalan ini perlu dijawab mengikut intrepretasi Islam kerana bagi orang Islam kalau haram mengundi di dalam sistem demokrasi maka sesiapa yang mengundi berdosa besar. Malahan ada yang menggatakan boleh jatuh syirik!"
Klik sini untuk artikel penuh.

Pandangan AfterDark: (Banyak pandangan dan komen yang menarik)
"At least penyakit KKN didalam UMNO sudah semakin sembuh akibat tekanan berterusan daripada ahli akar umbi UMNO dan serangan pembangkang. Jadi maksudnya UMNO itu bila ditempeleng masih boleh belajar dan diajar. Di dalam pembangkang pula virus LLP semakin ditempeleng semakin kurang ajar pula jadinya. Makin lantang protes oleh penyokong mereka sendiri menentang penggunaan kalimah Allah oleh kafir harbi, semakin menjadi-jadi Anwar Ibrahim dan anaknya mempromote Pluralism. Dato Nik Aziz pula bila semakin dikritik supaya jangan ikutkan kehendak DAP," 
Klik sini untuk artikel penuh.


Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Monday, April 8, 2013

2013: Selepas Sabah?


1. Selepas 10 hari tragedi pencerobohan di Sabah, seorang teman menelefon bertanyakan, "Ok after Sabah, What next?". Sambil ketawa aku jawab, "Kau ingat aku nujum pak belalang ker?". Teman aku ni adalah salah seorang rakan yang selalu aku kongsikan pandangan tentang isu2 semasa dan kesan2 tindakan individu politik partisan. Beliau bertanya sebab kebanyakan perkara yang pernah aku ceritakan pada Oct 2012 lepas benar2 berlaku dan ada somebody dalam team beliau bertanyakan sumber beliau. Dia nak tahu Jigsaw Clue seterusnya. Aku cuma mampu katakan bahawa aku bertangapan begitu kerana aku memahami konteks masyarakat Sabah. 

2. Berbalik kepada persoalan beliau, apa yang aku boleh katakan "Apa yang berbunyi di Timur jangan lupa lihatlah ke Barat". Lagipun aku bukannya pak nujum yang tahu segalanya, ada perkara atau konteks masyarakat yang tidak saya pahami kerana saya tidak hidup dalam golongan tersebut. Cuma apa yang mampu saya kata, banyaklah  membaca maklumat/berita dan lihatlah persekitaran semasa, walaupun ia seperti tiada kaitan tapi perhatikan dengan fikiran terbuka. Kerana perintah pertama itu Bacalah, seterusnya untuk kita terus mempelajari dan memerhati tanpa melampau2.

3. Tambahan pula, setiap maklumat atau berita mestilah jelas dan benar dengan eye-witness yang boleh kita percayai. Zaman ini maklumat tersebar terus drpd laman2 sosial yang banyak kesahihah atau ketepatannya boleh diragui, namun juga tidak boleh diambil ringan atau perlekehkan. Disinilah kita diingatkan agar sentiasa bersederhana. Semoga denganya kita tidak tergolong dalam golongan yang melampau yang akhirnya akan memudharatkan diri sendiri.

4. Sebelum aku akhiri perbualan, aku cuma minta beliau dapatkan eye-witness untuk suatu kawasan yang menarik perhatian aku sejak aku mendengar khabar dua buah mimpi dan berita2 yang seolah2 sama sebuah kenyataan individu politik pada Oct 2012.

5. Buat para pegawai keselamatan negara, pengorbanan mereka tiada mampu kita galas dan hadapi. Hanya ucapan terimakasih yang mampu aku beri atas bebanan tugas dan tangungjawab yang ditanggung oleh rohani dan jasmani kalian. Perjuangan kalian belum selesai. Semoga yang pergi dicucuri Rahmat-Nya. Al-Fatihah.

Admin:Ini hanya perbualan kedai kopi yang tidak boleh diambil sebagai fakta, hanya sahaja sebagai iktibar dan peringatan untuk diri yang faqir.

Wednesday, February 27, 2013

Jadual Pengajian Kitab Turath - TG.HJ Muhammad Sellah



JADUAL PENGAJIAN KITAB TURATH OLEH TUAN GURU HJ. MUHAMMAD SELLAH DARI TUMPAT, KELANTAN.

TEMPAT : SUN SURIA AVENUE, KOTA DAMANSARA - dekat Tune Hotel.
YURAN   : RM50.00 setiap kali pengajian bagi ketiga2 kitab. Kalau murid sekolah 50% off.

KETIGA2 KITAB PERCUMA UNTUK MEREKA YANG YANG BETUL2 KOMITED HENDAK MENADAH/BELAJAR KITAB.

TARIKH: 
APRIL - 13hb dan 27hb

MEI - 11hb dan 25hb

JUN - 8hb dan 22hb

JADUAL DAN KITAB:
10.00pg  - 12.00tgh  : KITAB AQIIDATUN NAJIIN (Aqidah/Tauhid)
12.00tgh - 12.30tgh  : REHAT/PERTANYAAN
12.30tgh - 1.30ptg   : KITAB HIKAM IBN ATHOILLAH (Tasauf)
1.30ptg   - 2.30ptg  : KITAB MATLA'AL BADRAIN (Feqah)
2.30ptg                  : SOLAT ZOHOR BERJEMAAH
BERSURAI

Tuan Guru akan pulang pada hari yang sama dari Subang.

Wang yang dikutip adalah untuk pembiayaan penerbangan Tuan Guru dan juga sedekah untuk pengorbanan masa dan tenaga Tuan Guru serta perkara2 yang berkaitan dgn pengajian.

Sesiapa yang hendak melabur saham akhirat, bolehlah menghubungi saya untuk pembelian meja kecil bagi pengajian sebanyak 40 buah. Anggaran sebuah RM20

Kami memilih tempat di atas adalah untuk memudahkan bagi kaum muslimah hadir dlm pengajian walaupun uzur.

Anda hanya dibenarkan utk merakam suara tetapi tidak dibenarkan rakam video. InsyaAllah pihak pengurusan akan membuat rakaman video bagi memudahkan lagi penuntut mentelaah dirumah. 

Sila hubungi GM Zarie Sha 0192833846 dan GM Remy 0166262207. Penyertaan hanya terhad untuk 30 org sahaja.

Tuesday, February 19, 2013

Kepentingan Ilmu Usuluddin




TUAN GURU HJ MUHAMMAD SELLAH AKAN MELEBARKAN SAYAP PENGAJARAN KITAB TURATH DI PENANG. INSYAALLAH PADA 3MAC, TG GURU HJ MUHAMMAD SELLAH AKAN MEMULAKAN PENGAJARAN 3 KITAB TURATH DI DEWAN MASJID SEBERANG JAYA, PENANG. PENGAJIAN DIBUAT 2 MINGGU SEKALI. ANTARA KITABNYA IALAH:

1) KITAB AQIIDATUN NAJIN (TAUHID) - JAM 4PTG-6PTG
2) KITAB HIKAM IBN ATHOILLAH (TASAUF) - JAM 8MLM - 9MLM MAT
3) KITAB MATLA 'AL BADRAIN (FEQAH) - 9MLM - 10MLM

Ketiga-tiga kitab akan diberi percuma bagi sesiapa yang benar2 ingin belajar. Bayaran hanya RM50.00 sebagai Infaq Fiddin utk pembiayaan perjalanan TG Hj Muhammad Sellah pada setiap kali pengajian.
PELUANG UNTUK BERTANYA/BERSOAL JAWAB.

Jadi sesiapa di Zon Utara tak kira siapa yang berminat nak menadah kitab Turath boleh menghubungi:

1) Master Azwan Naser 0194566007
2) Master Nasruddin Naser 0194770634
Pendaftaran awal amat diperlukan.

Admin:
Diatas adalah makluman daripada Prof.Dr.Hj. Shahrin yang dipost oleh beliau di FB. Semoga Allah izinkan kelas pengajian kitab diatas dapat dijalankan di Selangor dan KL.

Buat pembaca disekitar Penang, rebutlah peluang mendalami pemahaman tentang aqidah. Semoga Allah mengurniakan kita Faqihuddin.