Jam 6:40 pagi aku dah sampai di KLIA2 untuk penerbangan jam 8:25AM dari rumah saudara di Salak Tinggi. Mula2 sekali aku pergi ke kaunter informasi untuk bertanyakan kaunter check in untuk AirAsia. Aku diarahkan ke kaunter Y1.
Aku ingat dah awal sampai, sekalinya beratur panjang yang amat.
Aku mula beratur dari jam 6:50am dan giliran aku sampai jam 7:45AM. Kaunter aku berurusan tu Y5. Bila tunjuk je tiket booking aku, pegawai checkin tu kata gate dah tutup dan dia tanya kenapa tak check in di kiosk dan nyatakan yang check in perlu 1 jam awal.
Aku bagitau lar yang Pegawai di Kaunter Informasi yang beritau untuk checkin AirAsia adalah di kaunter Y.
Lagipun, dalam tiket booking tu dah tulis option untuk check in dikaunter dan aku dah beratur kat sini dari jam 6:50AM.
Pegawai tersebut suruh aku ke kaunter perkhdimatan berjumpa dengan supervisor dia untuk tengok apa yang mereka boleh buat.
Aku dengan bengkek sbb belum sarapan dan penat berdiri lama pergilah kekaunter perkhidmatan.
Rupanya ada satu keluarga dengan anak kecil juga mengalami masalah sama.
Aku bagitau lar Pegawai Khidmat berkenaan apa yang berlaku dikaunter yang menyebabkan penumpang2 macam aku terkandas.
Bagusnya, pegawai khidmat@supervisor di kaunter perkhidmatan telah membantu aku mendptkan penerbangan pada hari itu juga tanpa perlu pembayaran tambahan, walaupun agak lewat petang. Terimakasih.
KEMLOG aku ni bukan nak jatuhkan AirAsia atau pekerja2 mereka atau pekerja KLIA2, tapi berharap ada peningkatan kualiti perkhidmatan walaupun AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah.
Disini aku kongsikan pemerhatian aku antara sebab masalah beratur panjang dikaunter check in:
- Penumpang untuk domestik dan antarabangsa mengunakan kaunter yang sama. Pemeriksaan passport mengambil masa yang lama berbanding pemeriksaan kad pengenalan.
- Kebanyakan penumpang antrabangsa yang majoriti orang asing, bagasi mereka dibuka didepan kaunter check in.
- Penumpang tersalah kaunter untuk penerbangan AirAsiaX atau antarabangsa. Tiada pegawai AirAsia yang proaktif untuk menghalakan penumpang kekaunter yang betul. Terutama penumpang yg pertama kali mengunakan khidmat AirAsia di KLIA2.
- Sampai sekurang-kurang 2 jam awal diKLIA2 sebelum masa penerbangan.
- Check in di kiosk seperti dalam gambar diatas.
- Pergi terus ke kaunter Bag Drop (S,T,U,V). Bag drop boleh dibuat 3 jam awal.
- Lepas tu boleh lar ronda pusat membeli belah KLIA2.
No comments:
Post a Comment