Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, October 21, 2014

Hakikat Cinta


Perjalanan kehidupan manusia diatas mukabumi pasti diselubungi dengan CINTA. Tidak percaya? Sedar tak, semenjak kita belum lahir lagi, masih dalam masa berenang2. Cinta jugak menyebabkan ia berenang2. :P

Cuba kita perhatikan dan renungkan kita lahir pun atas dasar cinta. Ada lahir kerana cinta sebuah perkahwinan, ada juga terlahir daripada cinta sebuah nafsu. Masih cinta kan?

Lepas lahir, kita jugak membesar atas sebab cinta. Maka kita juga membentuk sebua cinta berdasarkan latarbelakang kita masing. Ada yang cintakan kerjayanya. Ada yang cinta duitnya. Ada yang cinta perempuannya.

Pasti ada yang kata kalau yang buruk tu bukanya cinta itu nafsu, hasad dengki dan sebagainya. Mungkin betul... Tapi bukankah sifat2 itu hasil daripada cinta... 
Cintakan dunia melebihi akhirat, 
Cintakan harta melebihi faqir, 
Cintakan pangkat melebihi rakyat, 
Cintakan diri melebihi Allah dan RasulNya...

Jadi cinta bukanlah suatu yang buruk. Ia hanya pemangkin kepada pilihan yang kita buat.

Maka hendaknya kita cuba sedaya upaya memilih Hakikat Cinta yang sebenar, yang kekal selamanya. Yang pasti membawa kepada kehidupan yang kekal disana kelak...

No comments: