Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, July 16, 2013

Kongsi Cara Pilih Produk Emas Atau Perak

Semenjak Jun 2011, saya telah mengumpul maklumat dan menganalisis emas dan perak termasuk dinar dan dirham yang ada di Malaysia. Saya membuat  perbandingan ini adalah untuk memastikan saya membuat pembelian emas atau perak mengikut keperluan dan tujuan pembelian tersebut. Ia juga dapat membantu saya agar yakin bahawa emas/perak tersebut adalah benar-benar tulen dan diakui standardnya.


Berikut adalah pilihan saya mengikut sebab dan tujuan. Saya beli Gold/Silver Bar sebagai simpanan dan aset jangka panjang:
1. Pamp Suisse 999 100g - Sebab diterima seluruh dunia. Ada banyak duit bagus ni. Upah mahal, terutama kalau beli di kedai emas macam Habib.

2. Public Gold/Silver 999 100g/250g - Sebab reputasi penempa dan upah lebih rendah serta price ikut harga semasa. So harga boleh lagi rendah daripada penempa lain. Ada silver bar.
3. Sri Ayu 999 100g - Sebab reputasi penempa dan upah lebih rendah. Harga boleh jadi rendah daripada Public Gold, sekiranya harga semasa dalam menaik. Pemilik Muslim

4. GCP 999 100g - Sebab reputasi penempa dan upah lebih rendah. Harga boleh jadi rendah daripada Public Gold, sekiranya harga semasa dalam menaik.Pemilik Muslim

Saya beli Dinar/Dirham dengan tujuan dan sebab berikut:
1. Dinar/Dirham KGT - Tujuan: Muamalat & Simpan. Sebab: Kerajaan Kelantan keluarkan.
2. Dinar PG, Sri Ayu, GCP, Khalifah dan sewaktu dengan nya - Tujuan: Simpanan. Sebab: Tak cukup duit fiat nak beli Gold/Silver bar.
3. Dinar/Dirham Perak: Tujuan: Muamalat. Sebab: Kerajaan Perak keluarkan.
4. Dinar/Dirham lain tiada dalam capaian saya. Anyway kalau muamalat saya akan terima selagi standard Dinar/Dirham diikuti.

Secara dasar saya pilih Emas/Perak atau Dinar/Dirham kerana ia adalah aset & pelaburan jangka panjang yang boleh didapati dengan harga yang rendah berbanding hartanah. Ia juga adalah aset yang paling cepat boleh dicairkan sekiranya perlu.

Setakat pada hari cerita ini dikeluarkan, maka diatas adalah cara saya membuat pilihan. Nasihat dan pandangan lain amat dialu-alukan.

No comments: