Sebenarnya kaedah dan teknik simpanan emas adalah Mudah sahaja! Sekiranya anda bermula dengan berfikiran terbuka untuk menerima pengetahuan baru yang tidak sama dengan apa yang pernah kita pelajari dulu. Berikut adalah tips dan teknik yang telah dikongsi oleh seorang cikgu dalam bidang simpanan emas yan telah saya olahkan berdasarkan pengalaman cetek saya sendiri.
1. Set Minda Jelas
Tukar set minda anda daripada simpanan duit kepada simpanan emas. Dapatkan emas dan rancanglah simpanan anda mengikut keperluan sama seperti anda pernah menyimpan di bank sebelum ini. Ramai yang berlumba-lumba menyimpan seberapa banyak wang di bank, walaupun kadar pulangannya sangat rendah, dan jika tinggi sekalipun dividen tersebut akan menjadi kurang semula atas faktor susut nilai wang kertas.
Daripada kecil kita diajar untuk menyimpan wang dalam tabung dan bila besar kita dididik agar menyimpan dalam bank, sehinggalah kita sudah bekerja. Anda pasti tidak berhenti menyimpan wang kertas, sehinggalah anda tahu tentang emas dan muslihat serta permainan wang kertas yang diniagakan ini. Walhal ia hanyalah sekeping kertas bernilai lebih kurang 4 sen dan ditukar warnanya dan diletakkan nilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.Tambahan pula promosi hebat tentang menyimpan dalam bank ini sangat giat diiklankan di media sehingga dapat terus mengaburi mata semua orang tentang hakikat yang sebenar. Anda boleh cari artikel mengenai sejarah wang kertas dan perkaitannya dengan riba dalam blog ini.
Mulalah ajar anak-anak supaya kenal emas sejak mereka kecil lagi. Agar mereka kenal dinar, dirham, dan emas jonkong.
Fakta: Wang kertas bukanlah simpanan yang bagus kerana nilainya yang semakin susut.
2. Teknik Beli Simpan (TBS)
2.1 Beli Bila Ada Wang.
Biasanya bila ada duit kita simpanan di bank. Sekarang tukarkannya dengan keluarkan duit tersebut dan beli emas atau perak pula. Simpanlah emas atau perak sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah simpanan duit yang ada. Kita perlu tinggalkan sedikit untuk kegunaan segera (on the spot) dan kecemasan. Namun pada zaman sekarang barangan Emas sangat mudah ditukarkan dengan wang kertas bila perlu kerana agen-agen emas sangat ramai, dan mereka sedia membeli emas anda bila-bila masa.
Peruntukan untuk simpanan duit ketika mendapat gaji, bonus atau keuntungan perniagaan di tukar kepada peruntukan simpanan emas atau perak. Belilah emas atau perak cepat-cepat mengikut kemampuan. Contoh 1 Dinar atau sekurang-kurangnya 10g sebulan hasil keuntungan atau pendapatan. Jual hanya jika memerlukan modal atau keperluan lain
Sekiranya anda menjual maka hendaklah restock semula dengan harga yang murah.
2.2 Beli Semasa Harga Murah
Jika diperhatikan, setiap tahun akan ada trend harga emas akan jatuh sedikit. Bagi pembeli baru yang ingin bermula, selalunya anda akan ingin memilih waktu harga murah untuk membeli. Tapi anda harus rajin memantau harga emas ini. Bagi yang sudah lama menyimpan emas dan ada sedikit pengetahuan tentang pergerakan harga emas, masa harga emas murah ini ramailah yang akan mengambil kesempatan untuk restock dan borong.
Salah satu teknik kedai emas, yang boleh juga digunapakai oleh anda jika anda pengedar emas. Mereka akan borong emas semasa awal tahun, atau harga murah, dan jual semasa perayaan yang biasanya pada hujung tahun, dan pada masa itu harga sudah mahal. Sebab tu jika anda lihat, ada kedai emas yang sepi dari pelanggan tapi tetap bertahan kerana mereka dah untung besar bila perayaan.
Jika anda pengedar emas mobile macam saya pun boleh gunakan teknik ini. Tapi janganlah tunggu hujung tahun baru nak jual, ada cara lain pula untuk tetap dapat untung walaupun jual semasa harga emas murah. Yang pasti dengan cara ini simpanan emas anda bertambah.
Jika anda tiada masa untuk pantau harga, maka beli sahaja kerana untuk jangka masa panjang anda tidak rugi. Melainkan anda jual sebelum sempat menikmati kenaikan harga emas.
2.3 Beli Secara Konsisten
Rancang dan buat bajet semula perbelanjaan bulanan kita. Cuba kurangkan kos dengan berjimat cermat dan kurang perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya membeli pakaian dan pelbagai aksesori seperti handphone mengikut trend terkini. Barang-barang tersebut semuanya susut nilai, sampai masa anda harus tukar yang baru kerana sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Apakah tip yang saya praktik? Beli mengikut keperluan dan saya tidak mengikut trend kerana bagi saya ia satu pembaziran. Beli bila perlu sahaja.
Kita boleh membuat pembelian secara konsisten setiap bulan. Contohnya 1 bulan 1 dinar, 1 bulan 10g, 1 bulan 20g atau ikut kemampuan dan kewangan anda. Sabar dalam simpanan emas kerana hasilnya pasti akan buat anda tersenyum. Elakkan dari bercita-cita nak beli yang besar terus, akhirnya tak beli-beli. Sikit-sikit lama-lama pasti jadi bukit.
3. Tetapkan Sasaran Simpanan
Simpanan untuk anak anda. Sekiranya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti. Kiraannya begini:
Umur anak sekarang : 3 tahun
18 - 3 = 15 tahun
150g / 15 tahun = 10g setahun
Maka untuk mencapai sasaran tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut. Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.
Simpanan untuk pendidikan anak ke IPT.
Kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalah RM30K,
Maka menyimpan Emas 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.
Harga 1g emas 24K sekarang adalah RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari. Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu, harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.
Simpan untuk menunaikan haji. Berdasarkan pengiraan sekarang kos menunaikan haji adalah bersamaan dengan 100g emas atau 15 keping dinar.
Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.
Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran. Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.
Banyak lagi contoh lain yang anda boleh rancang mengikut bajet dan keperluan masing-masing.
Bermulalah sekarang, walaupun dengan 1 dinar.
Diolah semula: Maba Ahmad
No comments:
Post a Comment