Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, March 13, 2012

Baba Tak Pergi Jihad Ke?


Di suatu pagi, ketika sedang menunggu azan subuh seorang anak perempuan bertanya ayahnya:


Si Anak: Baba, apa itu jihad?

Si Ayah menghela nafas perlahan kerana tidak bersedia dengan soalan si anak. Dihati kecil si Ayah memohon keampunan atas kekurangan dirinya sebagai seorang ayah yang akan pasti membuat kesilapan dalam menjawap soalan si anak ini.

Si Ayah menjawab sambil menerangkan: Sayangku, Jihad yang utama adalah Jihad fisabilillah adalah suatu perjuangan kerana Allah diatas jalan Allah dalam menegakkan Islam di dalam diri kita dan diatas muka bumi ini. Ia adalah satu kewajipan bagi setiap muslim.


Sambung Si Ayah: Jadi jihad itu ada dua bahagian yang penting, satu melawan nafsu atau kemahuan duniawi semata-mata, contohnya macam berhibur, tengok TV, malas belajar agama dsbg. Kedua melawan musuh-musuh kafir yang menentang Allah dan Rasul-Nya dengan memerangi meraka untuk mempertahankan Iman dan kebenaran Islam. Sama ada dengan kata-kata atau senjata. Keduanya saling berkaitan. Paham ker anak Baba ni?

Si Anak: Faham.
Sambil menganguk si Anak sambung: Ada tak lagi orang yang berjihad berperang dengan orang-orang kafir ni Baba? Baba tahu tak kat mana-mana?

Si Ayah dengan rasa berat hati kerana merasai beban yang digalas lantas menjawab: Ada sayang, contohnya, pejuang mujahidin di Palestin, Afghanistan, Asia Tengah dan suatu masa dulu Bosnia.

Si Anak bertanya lagi: Ada tak orang perempuan pergi berjihad?

Si Ayah: Ada, setiap orang ada tugasan masing-masing. Contoh tugasan perempuan di medan perang untuk merawat mereka yang cedera dan byk lagi. Tapi ada jugak yang mati kerana mempertahankan iman mereka, contoh Sumaiyah adalah wanita pertama yang mati syahid dalam jihad mempertahankan imannya.

Si Anak senyap sebentar lalu bertanya: Kalau suatu hari nanti di Malaysia akan berlaku Jihad, adakah Baba akan pergi ikut jugak?

Soalan Si Anak merupakan satu pukulan keras keatas tanggungjawab si Ayah dalam kehidupan sebagai seorang Muslim diatas mukabumi ini. Sambil menarik nafas yang agak panjang Si Ayah berkata: Sayangku, walaupun pada saat ini Baba boleh  kata "Ya, Baba akan pergi." Tapi pada masa sama  Baba mohon Allah tetap memberi hidayah dan taufik-Nya untuk berjuang diatas jalan-Nya sehingga Baba mati. Semoga anak Baba ini jugak sentiasa berdoa sebegitu.

Sebelum si Anak bertanya lanjut, azan sudah mula berkemundang. Si Ayah mengamit si Anak untuk bersedia untuk solat sambil memberi ruang untuk Si Anak bertanya dimasa lain serta membolehkan Si Ayah bersedia untuk soalan si Anak: Kita sambung lain kali yer. Tutup bicara daripada Si Ayah.

Dihati si Ayah terasa satu beban yang agak berat, kerana memikirkan: "Ya Allah, hendak menjawap soalan anak tentang Jihad pun tidak mampu apatah lagi menjalankannya, Ampuni lah aku atas kelalaian ku dalam menegakkan Jihad dalam diri dan keluarga ku"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Allah Ta’ala berfirman: “Dan perangilah mereka, sehingga tidak ada fitnah lagi dan ketaatan itu semata-semata hanya milik Allah” (Al-Baqarah: 193).

Allah Ta'ala berfirman pula: "Tidaklah sama antara orang-orang yang duduk-duduk - di rumah yakni tidak mengikuti peperangan - dari golongan kaum mu'minin yang bukan karena keuzuran, dengan orang-orang yang berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirinya. Allah melebih- kan tingkatan orang-orang yang berjihad dengan harta-harta dan dirinya itu daripada orang-orang yang duduk-duduk tadi Kepada masing-masing dari kedua golongan itu, Allah telah menjanjikan kebaikan dan Allah lebih mengutamakan orang-orang yang berjihad daripada orang-orang yang duduk-duduk dengan pahala yang besar, Yaitu berupa derajat-derajat - yang tinggi, juga pengampunan dan kerahmatan daripadaNya dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang." (An-Nisa': 95-96)

1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan." ( Riwayat Muslim )


Sebahagian kecil bacaan setiap ayah:
Untaian Kisah Nabi dan Sahabat

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: