Saturday, January 19, 2013

Amal Sunnah Kerana Cinta Nabi Muhammad SAW

Daripada MimbarJumaat 6 Rabiul Awal 1434

Khatib menyampaikan tentang pentingnya mengamalkan sunnah kerana ia merupakan menifestasi kepada cinta kepada Rasullulah. Mimbar jumaat menekankan 2 sebab utama mengapa ramai umat Islam meninggalkan sunnah:

  1. Kurang kecenderungan untuk mencari ilmu tentang amalan sunnah walaupun diri kekurangan pengetahuan berkenaan sunnah.
  2. Tidak mengambil berat atau menghiraukan tentang kepentingan sunnah dan kesannya.
Sebagai contoh amalan memakai serban dan jubah. Kebanyakan kita merasa janggal atau malu untuk memakainya malah lebih teruk memperlekehkannya sedangkan ia amalan Rasulullah.

Semoga peringatan khatib ini mengingatkan diri untuk terus istiqamah mengamalkan semua sunnah secara keseluruhan.


No comments: