Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Friday, August 2, 2013

CP:Kerusi Selesa Aircond Pejabat

Sumber Asal Carl Samsudin

Salam barakah Jumaat.

Ini merupakan kajian yang aku buat pada tahun 2011 - salah satu kajian yang menyedar dan membuka mata aku untuk keluar dari kerusi selesa.

GDP per Capita atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah satu cara untuk mengukur ekonomi/pendapatan negara per individu. Kita dimaklumkan di dalam pembentangan bajet setiap tahun dimana pendapatan Malaysia per individu meningkat sebanyak 600% dari tahun 1980 hingga ke tahun 2011. Ini bersamaan dengan kenaikan pendapatan per individu sebanyak 7 kali ganda pada tahun 2011 berbanding 1980. Dimana, dari pendapatan per individu sebanyak RM6,900 setahun (RM575 sebulan) pada tahun 1980 kepada RM47,400 setahun (RM3950 sebulan) pada tahun 2011. Ini bermakna, setiap individu pada tahun 2011 adalah 7 kali ganda lebih mewah/kaya berbanding individu pada tahun 1980.

Jika diteliti dan buka minda agar dapat perhatikan dengan lebih halus dan teperinci - pada tahun 1980, kebanyakanya hanya suami sahaja yang akan keluar bekerja dan isteri hanya berada di rumah sebagai housewife. Mereka kebanyakkanya mempunyai anak-anak yang ramai, mempunyai sebuah rumah bertanah yang habis dibayar dan kereta. Dan tambahan pula pada tahun 1980, kad kredit masih tidak dicipta. Adakah mereka 7 kali ganda lebih susah berbanding kita di tahun 2011?

Soalan yang harus difikirakan: Adakah kita sekarang 7 kali lebih mewah dari mereka? Adakah kita mempunyai 7 buah rumah yang habis dibayar? Adakah kita mempunyai 7 buah kereta? Adakah kita sanggup mempunyai anak-anak ramai dan mampu menanggungnya? Adakah isteri kita hanya berada di rumah? Bagaimana untuk 20-30 tahun akan datang? 

Kita sekarang NAMPAK kaya kerana kita BERHUTANG. Akaun diri kita adalah NEGATIVE.

Renungkan. Cari sumber pendapatan lebih, kerana kita bakal dipenggal kepala kalau masih duduk di kerusi selesa aircond pejabat.

'Mereka' tipu anda.

Sumber Asal: Carl Samsudin

No comments: