Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Monday, June 4, 2012

Semakin Bertambah Ilmu Sihir Di Malaysia

Ilmu sihir atau juga dikenali sebagai ilmu hitam di negara kita Malaysia, sering melalui penambahan dari semasa kesemasa. Apa yang penulis nyatakan disini bukan kajian ilmiah, hanya berdasarkan pemerhatian yang sudah menjadi kebiasaan sebutan dan kegunaan setempat.

Kita sudah biasa dengar pelbagai jenis sumber ilmu sihir yang sudah bertapak lama di Tanah air kita Malaysia ini sejak zaman-berzaman. Diantara ilmu-ilmu sihir yang sedia ada di Malaysia:
  • Sihir Orang Melayu atau Jawa tempatan
  • Sihir Orang Asli
  • Sihir Orang Siam
  • Sihir Orang Sarawak ( Mengikut suku etnik masing-masing)
  • Sihir Orang Sabah ( Mengikut suku etnik masing-masing. Contoh Sihir Orang Suluk)
  • Sihir Sami Buddha  (Di pelopori Kaum Cina tempatan atau orang Siam)
  • Sihir Sami Hindu (Di pelopori Kaum India tempatan, ada juga di pelopori oleh Orang Melayu, seperti Sembahan Pantai atau Laut yang mempunyai unsur yang sama)
Semenjak kebanjiran saudara serumpun daripada seberang, selain kebaikan yang kita terima, kita juga mula mendengar berkembangnya Ilmu Sihir yang berteraskan suku bangsa di Indonesia. Contohnya Ilmu Sihir Kejaweng yang dipelopori oleh Orang Jawa Indonesia. Disini penulis hanya kategorikan sebagai Sihir Orang Indonesia. Sebagaimana yang biasa kita sebutkan atau labelkan bagi memudahkan pemahaman umum. Walaupun ada setengah amalan sihir tersebut sudah sedia ada di Malaysia. Tapi dengan kehadiran Ilmu-ilmu sebegini, bertambah rancak industri Ilmu Sihir di Malaysia.

Kebelakangan ini kita juga menerima kemasukan secara mendadak suatu sumber amalan Sihir yang dikenali sebaga Sihir Voodoo. Suatu amalan sihir yang berasal daripada orang-orang Afrika dan Haiti. bertambah lah meriah amalan sihir di Negara kita tercinta ini. Berita berkenaan amalan sihir voodo ini telah menjadi tajuk utama Akhbar Sensai Harian Metro pada 3 Jun 2012. Boleh baca berita Amalan Khurfat Berunsur Sihir Voodoo

Kesemua amalan-amalan sihir ini akan berasimilasi dengan budaya tempatan dan akan menjadi amalan bagi mereka yang inginkan keuntungan yang cepat melalui penindasan secara ghaib. Apa yang boleh kita atau mampu buat? Mari kita dekatkan diri kita dengan ikhlas kepada Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya. Langkah awal ialah sentiasa banyak berzikir mengingati Allah.

Amalan yang saya di izinkan untuk sampaikan kepada orang lain. Bacalah zikir berikut sebelah siang sekali dan malam sekali atau sekali sehari:
  • Istighfar 100x dengan niat membersihkan jasad seperti mata, telinga dan mulut daripada dosa.
  • Salawat 100x dengan niat membersihkan roh nyawa daripada titik dosa dan noda.
  • Muazomah 100x dengan niat membersihkan diri daripada syirik kepada Allah.
Insyallah perlahan-lahan, kita akan sentiasa mengingati Allah denga Ikhlas. Wallahu'alam


1 comment:

Anonymous said...

KISAH PENGHINAAN TERHADAP MASJID AL SOLEHIN DAN AHLI KHARIAHNYA DIKULAIJAYA
www.karamsingwali.blogspot.com
tolong share..bantu kami selamatkan al solehin..