Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Saturday, August 3, 2013

CP: Nilai Matawang Semakin Susut

Sumber: Carl Samsudin

Hasil kajian dan kerja aku pada tahun 2012 ini yang telah banyak merebak ke banyak tempat dan banyak digunakan oleh mereka untuk memberi kesedaran tentang pentingnya emas berbanding duit kertas dan aku post kembali ke wall aku. Tahun 2012 aku sangat mengkaji perihal duit dan matawang. Sehingga aku jumpa apa erti sebenar duit. Sila baca!

...............................................................................

(1) - Pada tahun 2000, dengan RM1, kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja,

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen sahaja pada tahun 2000. Kerana nilai matawang ringgit kita semakin jatuh saat demi saat tanpa kita sedari. Bagi sesetengah yang tidak ambil peduli, inflasi ini cuma pekara biasa.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan (4,5 dan 6). Pada tahun 2012, nilai RM 1 Juta hanya bersamaan dengan RM 400Ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda seorang jutawan pada tahun 2012 dengan memiliki RM 1 Juta. Maka, sesiapa sahaja yang mempunyai RM 400 Ribu pada tahun 2000 juga adalah seorang jutawan kerana nilai duit mereka dan anda adalah sama!

(8) - Terlampau ramai orang Melayu dipengaruhi dengan pelaburan ASB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau ada calculator di sisi anda, cuba anda kira sekiranya anda melabur RM 400 Ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen purata 9% setahun. Adakah duit anda menjadi sekitar RM 1 Juta pada tahun 2012? Iya bukan? Anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja? *Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.
ADMIN: Boleh baca artikel KopiPes berkenan untung rugi ASB

(9) – Bicara tentang Real Estate. Kalau anda membeli rumah RM 400 Ribu pada tahun 2000, adakah rumah anda bernilai RM 1 Juta pada tahun 2012? Mustahil bukan? Kecuali di kawasan yang betul-betul membangun. Dan jangan juga lupa, kebanyakan membeli rumah secara loan. Mungkin sebenarnya anda membayar hampir RM 700 Ribu untuk rumah RM 400 Ribu. Anda rasa ini satu keuntungan atau KERUGIAN? Berdasarkan nilai matawang kita sekarang berbanding tahun 2000.

(10) – Gold Tell The Truth. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 Ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya melabur ke dalam ASB mahupun dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah menjadi RM 2.5 JUTA! pada tahun 2012. PERCAYALAH.

Jika anda mempunyai peti keselamatan yang tidak akan dibuka selama 10 tahun, anda lebih rela mengisi dengan:

a. 1 gram emas
b. Rm180.00

*Kenapa ini terjadi? Ini terjadi disebabkan inflasi. Inflasi terjadi apabila our 'central bank' print money out of nothing, out of thin air. Dia just print money bila ada permintaan dari bank-bank dan kerajaan. Semakin banyak our 'central bank' print money, semakin tidak bernilai duit tersebut. Ini dipanggil FIAT MONEY. Fiat money ini terhasil dari undang-undang dan peraturan sesuatu kerajaan. Bukan seperti yang kita belajar di sekolah - duit dicetak berdasarkan simpanan emas di dalam bank.

*Semakin banyak duit dicetak semakin susah hidup kita. Selagi kita menggunakan conventional bank untuk membuat pinjaman, beli rumah dan credit card. Semakin banyak duit akan dicetak berdasarkan adanya 'interest/riba'. Sebab itu dari dahulu lagi Islam meharamkan riba. Sekarang baru kita nampak. Para sahabat Rasulullah tidak nampak kenapa bahayanya riba. Umat akhir zaman je yang akan merasai.

*"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

* Emas merupakan simpanan terbaik dan jauh lebih hebat dari ASB dan emas juga bukanlah satu pelaburan yang baik. Jangan melabur dalam emas, cuma buat simpanan dalam emas.

**** p/s: SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA

Sumber Asal: Carl Samsudin

No comments: