Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Monday, July 29, 2013

Apa Hukum Pelaburan Amanah Saham?


Bagi rakan-rakan yang masih terkeliru tentang kedudukan pelaburan ASB dan ASN. Mungkin anda akan lebih keliru jika anda rujuk keputusan fatwa mengikut negeri:


1. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang - Dividen ASN & ASB adalah Haram
2. Mesyuarat Majlis Fatwa Pulau Pinang (30 Aug 1983) - Dividen ASN adalah Halal dan Harus digunakan untuk menunaikan Fardhu Haji
3. JK Fatwa Majlis Agama Islam Terengganu (1 Mar 1993) - Melabur ASB & ASN Tidak Haram
4. Muzakarah JK Fatwa MKI Ke-80 (3 Feb 2008) - Harus
5. Mesyuarat Majlis Fatwa WP Kuala Lumpur (27 May 2008)- Harus (Diwartakan)
6. Majlis Fatwa Pahang (18 Jun 2008) - Haram sehingga pelaburan menepati Jawatankuasa Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
7. Mesyuarat Jemaah Ulama’ Kelantan (27 Dec 2009) - Melabur ASN & ASB adalah Harus
8. Mesyuarat JK Fatwa Selangor (12 Apr 2011) - Tidak Halal
9. Mesyuarat JK Fatwa Negeri Sembilan (30 Aug 2012) - Bersetuju dengan keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI (No. 4)

Saya ringkaskan sahaja nama Majlis dan Jawatankuasa, semua maklumat diatas boleh didapati daripada link yang diberikan.

Bagi No 1 memang tiada tarikh keputusan. Manakala fatwa yang dikeluarkan juga bercanggah dengan No 2. Mungkin disebabkan masa dan/atau maklumat berbeza.

Kita boleh pilih untuk menggunakan mana-mana keputusan daripada Majlis Fatwa diatas. Sebagai Muslim mungkin lebih baik kita tidak mengikut secara membuta tuli sahaja. Kita semua boleh baca apa yang tertulis didalam keputusan fatwa-fatwa diatas. 

Bagi saya sekiranya jika terdapat keraguan atau was-was, maka lebih baik tinggalkan perkara tersebut. Anda ada aqal dan Iman sebagai panduan dalam keadaan yang gelap dan suram, inikan pulak yang terang lagi bersuluh. Sekiranya tiada jawapan maka ambillah pengajaran dengan mengingati Mati.

Wallahualam

No comments: