Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, September 3, 2013

Alhamdullillah Harga Petrol Naik

Kecoh daripada semalam (2/09/2013) pasal harga petrol RON 95 naik sebanyak 20sen. Stesen minyak penuh dengan kenderaan beratur hendak isi petrol dengan harga lama. Aku tak tengok sendiri, cuma daripada gambar2 whatapp kawan2 jer.

Bukan aku tak risau atau berasa rugi sebab tak isi kereta aku penuh2 sebelum harga minyak naik. Cuma aku lebih suka duduk dirumah menjalankan hal-ehwal diri dan keluarga di malam hari. Lagipun aku memang tak berapa suka bersesak2. Tambahan Majalah3 semalam menyiarkan tentang sejarah Arwah Mat Kilau.

Seperti biasa, bila harga minyak naik maka berduyun-duyunlah kutukan amarah daripada mereka yg pro-PR. Ayat2 biasa "... janji dicapati..", "...makan duit...", "Tahniah..." dan sebagainya. Manakala daripada pro-BN pula berkoyan-koyanlah membalas dengan kutukan amarah. Ayat2 biasa "...20sen je...", "...harga petrol kat Thailand...", "...ala nanti turunlah balik tu..", "...kau tu bersengkongkol...". Apapun aku tengok hanya amarah saja yang ada.

Bagi diri ini, aku cuba mengajak pembaca menerima berita kenaikan petrol dengan cara:
1. Bersyukur kerana Allah memberi kita peluang merasai ujianNya. Malah ia merupaka fasa persedian untuk memasuki ujian lebih hebat.
2. Melatih diri tidak memaki atau mengutuk mana2 individu/makhluk kerana selagi kita nampak makhluk yang menyebabkan terjadi sebegini, selagi itu kita tidak nampak Allah SWT menyatakan Tak'luqNya.

Beberapa komen di FB yang saya rasa, kita perlu jadikan ia sebahagian yang boleh kita letak sebagai berbaik sangka.




No comments: