Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Wednesday, August 21, 2013

Mesir Bermandi Darah


Saban hari berita pertumpahan darah rakyat Mesir menjadi tajuk perbincangan utama disemua media sama ada TV atau Internet. Setiap hari disogokkan dengan berita dan kenyataan daripada media-media yang saling bercanggah sokongan antara satu sama lain yang datang daripada individu pelbagai latar sama ada rakyat biasa atau pemimpin lantikan parti. Ada yang menyokong  pihak tentera, ada yang menyokong Mursi dan pastinya ada yang ikut-ikutan menyokong menurut  pemimpin ikutannya.

Setiap kali membaca atau melihat berita dan kenyataan di media massa, maka terasa air mata bergenang dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan sedih.

Marahku kepada pembunuh-pembunuh rakyat yang lemah tanpa peri kemanusian dan belas kasihan. Sedihku kerana umat Islam lupa dan berkeras menegakkan perjuangan yang dasarnya kepartian binaan sekular. Sehingga yang menyerang dan yang diserang adalah bersaudara dalam aqidah.

Marahku kepada kegilaan pemimpin yang mengejar kuasa dengan berbuat apa saja untuk menang. Sedihku kerana umat Islam lalai dan lena diperkotak-katik oleh mainan kuasa pemimpin politik demokrasi tajaan sekular. Sehingga makhluk diutamakan daripada akhlak yang dididik dan diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.

Masih butakah mata hati kita untuk melihat kebohongan system pemerintahan ciptaan barat?

Masih keraskah keyakinan kita bahawa Islam boleh tertegak atas system demokrasi jaluran sekular?

Masihkah kita berdolak-dalik kemampuan sistem pemerintahan Islam dengan undang-undang Islam yang diturunkan kepada kita melalui RasulNya?

Mengapa tidak dihayati ayat ayat ini? Dengan sebenar2nya. Bukankah Allah sudah cukup kenapa bergantung dengan sistem yang bukan nilai dan pegangan utamanya Allah.


Usah tunding jari kepada orang lain, soalan mudah, apa yang telah dan akan buat? bangunlah dan sedarlah wahai saudaraku, buatlah persediaan untuk mati bukan persedian kesenangan dunia. Mantapkan aqidah, perbanyakkan amalan semoga kita tergolog dalam syuhada bukan 1/3 yang lari daripada medan perang. Insyallah.

Jangan tanya soalan macam mana kepadaku, kerana aku tidak paham soalan kalian. Sama ada benar-benar tidak tahu atau hanya menguji. Bukankah kalian semua lebih bijak pandai dan berilmu yang hafal Al-Quran, Hadis malah Sirah Nabawiyah. Bukankah disitu telah terkandung segalanya. Aku hanya seorang yang faqir lagi haqir mencari redhaNya. Wallahualam.


No comments: