Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Sunday, July 21, 2013

BERITA: Tarif Elektrik Nak Naik 2013


Tarif elektrik nak naik lagi nampaknya. Dua berita yang memberi pelbagai persepsi. Tajuk atas berkenaan kenaikan tarif elektrik, manakala yang bawah TNB catat untunk 2bil. Kalau tarif naik, bertambha lah untung tahun seterusnya. Bila baca 2 berita ini, beberapa persoalan yang bodoh terpacul dalam kepala:

Adakah kenaikan tarif elektrik adalah untuk mengejar keuntungan berlipat ganda agar nampak cantik dalam laporan kewangan kepada beberapa orang Board of Directors?

Apa pula kesan kepada harga barang keperluan asas rakyat yg ramai? Bukan sensitiviti tapi keperluan.

Begitu terukkah keadaan kita sekrg sehingga keperluan asas rakyat mejadi sumber keuntungan yang berganda2?

Mengapa perlu kenaikan? Tidak cukupkah keuntungan RM2bil untuk menyerap kos penyelengaraan yang bertambah?

Berapa jauhnya kita tenggelam daripada asas perniagaan Islam, iaitu bertujuan untuk saling bantu membantu. Kalau macam sekarang ni bukan dah saling bantu, sebab pengguna terpaksa menggunakan khidmat dia saja tanpa boleh tawar atau saling bersetuju dengan harga. Kalau ada syarikat bekalan elektrik lain yg ble kita pilih sendiri tak pe lah jugak, atleast boleh pilih. Monopoli!

Saya hanya menyuarakan pandangan & persoalan untuk difikirkan bersama. Semoga pihak pemerintah dapat melihat dengan lebih halus lagi.

No comments: