Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Saturday, June 29, 2013

BERITA: Galakkan Belia mempunyai Aset

Saranan yang dibuat kepada kerajaan agar meningkatkan kemampuan belian memilik aset seperti harta tanah adalah baik. Sila baca Web BH:Tetap faedah rendah pinjaman rumah

Sebelum belia tersebut mampu membeli harta tanah, saya sarankan mereka bermula dengan menyimpan emas atau perak. Sebabnya seperti berikut:


  1. Harga sebidang tanah atau sebuah rumah TIDAK BOLEH dibayar dengan RM20,000. Paling murah yang saya beli ialah pada harga RM32,000 setengah ekar.
  2. Harga seketul PG bar 100g hanyalah RM18,473*
  3. Kalau tak mampu, harga PG bar 50g hanyalah RM9,280* or PG 10 Dinar Emas RM7,577*
  4. Kalau tak mampu, harga PG bar 20g hanyalah RM3,729* or PG 5 Dinar Emas RM3,805*.
  5. Kalau tak mampu, harga PG bar 10g hanyalah RM1,882* or PG Silver bar 250g hanyalah RM1040*.
  6. Kalau tak mampu juga, harga PG 1 Dinar hanyalah RM764*.
  7. Kalau tak mampu juga, tukar lah kepada 1 Dirham KGT berharga RM25* atau Dirham jenis lain yang bernilai antara RM18-25*.
  8. So kalau tak mapu jugak, tak payah nak mimpi beli harta tanah, sebab memang nanti tak cukup jugak nak beli harta tanah walaupun melalui hutang...

*Harga pada 10/10/11 15:55:09

No comments: