Pages
Penafian
Personal Note:
Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.
Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:
1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.
2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.
3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.
4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.
5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)
6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.
7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.
Saturday, June 29, 2013
Apa itu Inflasi?
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan.
Inflasi juga menunjukkan penyusutan nilai wang dari semasa ke semasa. Mahukah anda menyimpan wang kertas untuk jangka masa panjang sedang ia semakin susut nilai dan tidak berharga?
Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012
• Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.
• Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!
• Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!
• Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!
Sumber: Muhammad Khalif Samsudin (Carl Samsudin)
Blog: http://carlsamsudin.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment