Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Monday, March 13, 2017

Ulasan/Review:Antivirus Avast

Teknikal Spesifikasi
Software: Avast Antivirus
Version Terakhir: Version 2017 for Windows 10
License: Free Antivirus.

Ulasan
Sudah  lebih daripada 3 tahun pakai antivirus ini sebagaimana spesifikasi diatas. Apa yang best pasal antivirus ini ialah:

  1. Free - Hanya perlu ada email sendiri sebagai confirmation/license.
  2. Ringan (Lightweight) - Tidak banyak  guna PC/Notebook kapasiti resource seperti memory/CPU
  3. Game Mode - Bila nak start main game, kita boleh on this mode. Ini akan meringankan lagi pengunaan PC/Notebook resource oleh Avast Antivirus.
  4. Mudah untuk buat installation. Memang straight forward, sesuai untuk non-IT background person.
  5. Mudah digunakan, senang nak navigasi atau user-friendly
Setakat pengalaman mengunakan antivirus ini, masalah utama hanyalah ketidakmampuan untuk deteksi (Detect) malware yang baru. Tapi ini juga merupakan kekurangan kebanyakan antivirus software yang lain walaupun yang berada dalam top 3 sekalipun.

Malah kebanyakan security expert/site menasihatkan kita untuk mengunakan Anti-Malware bersama-sama dengan Antivirus. Terutama sekali pada masa kini kita sering mendengar atau membace tentang kemunculan pelbagai ancaman (Threat) siber (Cyber) yang baru yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan malah lebih cepat lagi daripada itu.

Untuk pengetahuan pemabaca budiman, saya sudah menukar antivirus saya daripada Free license kepada antivirus lesen (License) yang berbayar. Tapi bukan mengunakan Avast Antivirus kerana keperluan jumlah lesen (number of license ) dirumah saya.

Bagi mereka yang ingin mengunakan atau mencuba Avast Antivirus dibawah ini linknya.
Sila copy dan paste ke browser anda:
https://www.avast.com

Thursday, June 11, 2015

Makan2:Tony Romas

Menu hari ini di Tony Romas:
1. Filet Medelion and Bontiful Rib (2 ketul setiap satu.
2. Salmon and Shrimp
3. Kickin Shrimp (Appetizer)
4. Cranbery Mojito

KEMLOG: Dari TBS ke Kluang


Jumaat 11/6/2015 9PM - Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menunggu untuk menaiki bas Mayang Sari menghala ke Pontian. Tiket bas harga RM28 beli di kaunter.



Rancangan asal nak ke Kukup terus tapi bertukar ke Kluang atas sebab yg tak dapat elak. Lepas tu dah beli tiket tanpa tanya orang yang membawa. Nak tukar tiket tak boleh. Nak beli tiket ke Kluang tinggal satu je, tak cukup. So kami teruskan je ke Pontian dulu. Sampai sana baru ambil bas ke Kluang. Tiket TBS ke Kluang baru RM 22. Peringatan, pastikan destinasi dulu sebelum beli tiket sebab  pertukaran tidak dibenarkan... tunggu lah bass 1130PM (Last Bas).
Di TBS ni ada jugak disediakan pembelian tiket di mesin. Maybe sebab ada extra charge kut yg menyebabkan orang still beli dekat kaunter.

Tempat boarding tingkat bawah.Nanti sambung pakai PC lah. Bateri cepat abis pakai HP ni.... Bersambung

Thursday, April 30, 2015

Buat Adinda


Buat Adinda ku, Temanku Sayang,
Saat Ini Genap Lima Tahun Kita Layari Bahtera,
Mengharungi Badai dan Ombak Kehidupan Dunia,
Menghitung Hari Menuju Kehidupan Abadi.

Wahai Adinda, Kekasihku Sayang,
Tiada Ucapan Kata dapat Ku nyatakan,
Hanya mampu ku uraikan dengan Terimakasih;
Atas Kesabaranmu Melayani Kerenahku,
Atas Kesetiaanmu Menunggu Kelambatanku,
Atas Kesangupanmu Menanggung Kehendakku,
Atas Kejujuranmu Mengingatkan KeAlpaanku,
Terimakasih Sayang...

Duhai Adinda, Isteriku Sayang,
Hanya sahaja doa Kesyukuran padaNya,
Kerana mengirimkanmu kepadaku,
Semoga dirimu sentiasa dalam kasih sayangNya,
Serta dipanjangkan sehingga ditentukanNya. 

Selamat Ulangtahun Pernikahan...

-MABA-


Wednesday, April 8, 2015

TIRAI KEINSAFAN





Begitulah kita dalam kembara di dunia fana ini, yang penuh dengan ujian dan kealpaan.

Mengejar sesuatu yang maya tanpa sedar akan kesilapan diri.

Hingga sangup menjual kasihNya...

Sunday, March 15, 2015

KEMLOG: Memori KLIA2 bersama AirAsia


Jam 6:40 pagi aku dah sampai di KLIA2 untuk penerbangan jam 8:25AM dari rumah saudara di Salak Tinggi.  Mula2 sekali aku pergi ke kaunter informasi untuk bertanyakan kaunter check in untuk AirAsia. Aku diarahkan ke kaunter Y1.

 Aku ingat dah awal sampai, sekalinya beratur panjang yang amat.

Aku mula beratur dari jam 6:50am dan giliran aku sampai jam 7:45AM. Kaunter aku berurusan tu Y5.  Bila tunjuk je tiket booking aku, pegawai checkin tu kata gate dah tutup dan dia tanya kenapa tak check in di kiosk dan nyatakan yang check in perlu 1 jam awal. 
Aku bagitau lar yang Pegawai di Kaunter Informasi yang beritau untuk checkin AirAsia adalah di kaunter Y.
Lagipun, dalam tiket booking tu dah tulis option untuk check in dikaunter dan aku dah beratur kat sini dari jam 6:50AM.
Pegawai tersebut suruh aku ke kaunter perkhdimatan berjumpa dengan supervisor dia untuk tengok apa yang mereka boleh buat.
Aku dengan bengkek sbb belum sarapan dan penat berdiri lama pergilah kekaunter perkhidmatan.
Rupanya ada satu keluarga dengan anak kecil juga mengalami masalah sama.
Aku bagitau lar Pegawai Khidmat berkenaan apa yang berlaku dikaunter yang menyebabkan penumpang2 macam aku terkandas. 
Bagusnya, pegawai khidmat@supervisor di kaunter perkhidmatan telah membantu aku mendptkan penerbangan pada hari itu juga tanpa perlu pembayaran tambahan, walaupun agak lewat petang. Terimakasih.

KEMLOG aku ni bukan nak jatuhkan AirAsia atau pekerja2 mereka atau pekerja KLIA2, tapi berharap ada peningkatan kualiti perkhidmatan walaupun AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah. 

Disini aku kongsikan pemerhatian aku antara sebab masalah beratur panjang dikaunter check in:

  1. Penumpang untuk domestik dan antarabangsa mengunakan kaunter yang sama. Pemeriksaan passport mengambil masa yang lama berbanding pemeriksaan kad pengenalan.
  2. Kebanyakan penumpang antrabangsa yang majoriti orang asing, bagasi mereka dibuka didepan kaunter check in.
  3. Penumpang tersalah kaunter untuk penerbangan AirAsiaX atau antarabangsa. Tiada pegawai AirAsia yang proaktif untuk menghalakan penumpang kekaunter yang betul. Terutama penumpang yg pertama kali mengunakan khidmat AirAsia di KLIA2.

Manakala untuk penumpang2 baru nak mengunakan khidmat AirAsia di KLIA2, pastikan buat yang berikut:
  1. Sampai sekurang-kurang 2 jam awal diKLIA2 sebelum masa penerbangan.
  2. Check in di kiosk seperti dalam gambar diatas.
  3. Pergi terus ke kaunter Bag Drop (S,T,U,V). Bag drop boleh dibuat 3 jam awal.
  4. Lepas tu boleh lar ronda pusat membeli belah KLIA2.

Disebabkan aku dah terkandas ni, maka aku pegi lar amik gambar2 dan buat tulisan ni. Antara gambar2 yang aku rajin ambil. Enjoy...









Tuesday, October 21, 2014

Hakikat Cinta


Perjalanan kehidupan manusia diatas mukabumi pasti diselubungi dengan CINTA. Tidak percaya? Sedar tak, semenjak kita belum lahir lagi, masih dalam masa berenang2. Cinta jugak menyebabkan ia berenang2. :P

Cuba kita perhatikan dan renungkan kita lahir pun atas dasar cinta. Ada lahir kerana cinta sebuah perkahwinan, ada juga terlahir daripada cinta sebuah nafsu. Masih cinta kan?

Lepas lahir, kita jugak membesar atas sebab cinta. Maka kita juga membentuk sebua cinta berdasarkan latarbelakang kita masing. Ada yang cintakan kerjayanya. Ada yang cinta duitnya. Ada yang cinta perempuannya.

Pasti ada yang kata kalau yang buruk tu bukanya cinta itu nafsu, hasad dengki dan sebagainya. Mungkin betul... Tapi bukankah sifat2 itu hasil daripada cinta... 
Cintakan dunia melebihi akhirat, 
Cintakan harta melebihi faqir, 
Cintakan pangkat melebihi rakyat, 
Cintakan diri melebihi Allah dan RasulNya...

Jadi cinta bukanlah suatu yang buruk. Ia hanya pemangkin kepada pilihan yang kita buat.

Maka hendaknya kita cuba sedaya upaya memilih Hakikat Cinta yang sebenar, yang kekal selamanya. Yang pasti membawa kepada kehidupan yang kekal disana kelak...

Sunday, October 19, 2014

Pesan Buat Anak Perempuanku 1




Pengenalan

Anak-anak perempuanku, artikel ini aku tulis khusus untuk kalian dan amnya untuk mereka yang mencari jalan pulang. Semoga menjadi iktibar dan peringatan kembali kepada fitrah sebagai insan yang tercipta untuk menyembah Allah semata-mata. 

Anak-anak perempuanku, Setiap masa dan saat kalian selalu dimomokkan oleh media massa daripada pelabagai arah dan sepanjang masa dengan pelbagai pahaman dan pandangan yang kekadang sukar untuk kalian membezakan yang mana fitrah sebenarnya. Maka aku cuba mencatatkan pesanan2 ku supaya ia sentiasa tertulis utk bacaan kalian ketika aku tiada lagi bersama kalian. Semoga Allah mengizinkanNya.

Pesanan 1:


Anakku, belajarlah mengenali diri mu, pertama2 kenali kekuatan dan kelemahan mu yang sebenar. Allah menjadikan perempuan bersifat lemah-lembut yang membelai dengan intipati  kekuatan rasa dalaman yang tinggi melebihi seorang lelaki kerana lembutnya hati seorang perempuan selembut jasadnya.

Anak perempuanku, engkau tercipta membawa fitrah yang tidak mampu diperlakukan oleh mana2 lelaki biasa. Iaitu membina dan membangun kekuatan rohani seorang suami dan anak2nya. Seorang suami kelelahan menjaga dan melindungi keluarga akan merasa tenang dan hilang lelahnya bila hadirnya tangan yang membelai penuh dengan kekuatan rohaniah. Engkau tercipta sebagai penyalur kekuatan yang tidak nampak yang tidak mampu dinilai oleh pacaindera fizikal dan yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang talh dihalalkan bagimu. Malahan mampu menyegarkan dan memperkasakan suamimu dan anak2mu. Janganlah kau persia-siakannya.

Bagaimana caranya? Terimalah fitrahmu yang lemah lembut dan penuh ciri-ciri penyerahan ketaatan kepada perintah Allah. Maka turuti dan taatilah printah Allah sepenuhnya secara langsung ia perkuatkanlah 

Jauhilah dirimu daripada mereka penentang fitrah Illahi. Sebagaimana pengagung fahaman feminist yang bertemakan "Girl Power" yang hanya menongkat kekuatan fizikal kepada kaum hawa setaraf fitrah lelaki. Hindarilah, pembawa librelisme yang membawa misi "To empower girls" yang kononnya melatih wanita2 menjaga dan melindungi keluarga yang telah dipertangungkan kepada lelaki. Ketahuilah anak perempuanku, tugasan itu adalah tanggungjawab anak2 lelaki. Ia bukanlah tertakluk diatas tanggung kalian untuk memastikan perlindungan dan penjagaan keluarga. Berhati-hatilah anakku agar neletaklah sesuatu pada tempatnya, semoga kita tidak tergolong diantara orang yang zalim.


Akan bersambung.....bila diizinkanNya