Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Sunday, October 19, 2014

Pesan Buat Anak Perempuanku 1




Pengenalan

Anak-anak perempuanku, artikel ini aku tulis khusus untuk kalian dan amnya untuk mereka yang mencari jalan pulang. Semoga menjadi iktibar dan peringatan kembali kepada fitrah sebagai insan yang tercipta untuk menyembah Allah semata-mata. 

Anak-anak perempuanku, Setiap masa dan saat kalian selalu dimomokkan oleh media massa daripada pelabagai arah dan sepanjang masa dengan pelbagai pahaman dan pandangan yang kekadang sukar untuk kalian membezakan yang mana fitrah sebenarnya. Maka aku cuba mencatatkan pesanan2 ku supaya ia sentiasa tertulis utk bacaan kalian ketika aku tiada lagi bersama kalian. Semoga Allah mengizinkanNya.

Pesanan 1:


Anakku, belajarlah mengenali diri mu, pertama2 kenali kekuatan dan kelemahan mu yang sebenar. Allah menjadikan perempuan bersifat lemah-lembut yang membelai dengan intipati  kekuatan rasa dalaman yang tinggi melebihi seorang lelaki kerana lembutnya hati seorang perempuan selembut jasadnya.

Anak perempuanku, engkau tercipta membawa fitrah yang tidak mampu diperlakukan oleh mana2 lelaki biasa. Iaitu membina dan membangun kekuatan rohani seorang suami dan anak2nya. Seorang suami kelelahan menjaga dan melindungi keluarga akan merasa tenang dan hilang lelahnya bila hadirnya tangan yang membelai penuh dengan kekuatan rohaniah. Engkau tercipta sebagai penyalur kekuatan yang tidak nampak yang tidak mampu dinilai oleh pacaindera fizikal dan yang hanya boleh dirasai oleh mereka yang talh dihalalkan bagimu. Malahan mampu menyegarkan dan memperkasakan suamimu dan anak2mu. Janganlah kau persia-siakannya.

Bagaimana caranya? Terimalah fitrahmu yang lemah lembut dan penuh ciri-ciri penyerahan ketaatan kepada perintah Allah. Maka turuti dan taatilah printah Allah sepenuhnya secara langsung ia perkuatkanlah 

Jauhilah dirimu daripada mereka penentang fitrah Illahi. Sebagaimana pengagung fahaman feminist yang bertemakan "Girl Power" yang hanya menongkat kekuatan fizikal kepada kaum hawa setaraf fitrah lelaki. Hindarilah, pembawa librelisme yang membawa misi "To empower girls" yang kononnya melatih wanita2 menjaga dan melindungi keluarga yang telah dipertangungkan kepada lelaki. Ketahuilah anak perempuanku, tugasan itu adalah tanggungjawab anak2 lelaki. Ia bukanlah tertakluk diatas tanggung kalian untuk memastikan perlindungan dan penjagaan keluarga. Berhati-hatilah anakku agar neletaklah sesuatu pada tempatnya, semoga kita tidak tergolong diantara orang yang zalim.


Akan bersambung.....bila diizinkanNya

No comments: