Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Sunday, March 15, 2015

KEMLOG: Memori KLIA2 bersama AirAsia


Jam 6:40 pagi aku dah sampai di KLIA2 untuk penerbangan jam 8:25AM dari rumah saudara di Salak Tinggi.  Mula2 sekali aku pergi ke kaunter informasi untuk bertanyakan kaunter check in untuk AirAsia. Aku diarahkan ke kaunter Y1.

 Aku ingat dah awal sampai, sekalinya beratur panjang yang amat.

Aku mula beratur dari jam 6:50am dan giliran aku sampai jam 7:45AM. Kaunter aku berurusan tu Y5.  Bila tunjuk je tiket booking aku, pegawai checkin tu kata gate dah tutup dan dia tanya kenapa tak check in di kiosk dan nyatakan yang check in perlu 1 jam awal. 
Aku bagitau lar yang Pegawai di Kaunter Informasi yang beritau untuk checkin AirAsia adalah di kaunter Y.
Lagipun, dalam tiket booking tu dah tulis option untuk check in dikaunter dan aku dah beratur kat sini dari jam 6:50AM.
Pegawai tersebut suruh aku ke kaunter perkhdimatan berjumpa dengan supervisor dia untuk tengok apa yang mereka boleh buat.
Aku dengan bengkek sbb belum sarapan dan penat berdiri lama pergilah kekaunter perkhidmatan.
Rupanya ada satu keluarga dengan anak kecil juga mengalami masalah sama.
Aku bagitau lar Pegawai Khidmat berkenaan apa yang berlaku dikaunter yang menyebabkan penumpang2 macam aku terkandas. 
Bagusnya, pegawai khidmat@supervisor di kaunter perkhidmatan telah membantu aku mendptkan penerbangan pada hari itu juga tanpa perlu pembayaran tambahan, walaupun agak lewat petang. Terimakasih.

KEMLOG aku ni bukan nak jatuhkan AirAsia atau pekerja2 mereka atau pekerja KLIA2, tapi berharap ada peningkatan kualiti perkhidmatan walaupun AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah. 

Disini aku kongsikan pemerhatian aku antara sebab masalah beratur panjang dikaunter check in:

  1. Penumpang untuk domestik dan antarabangsa mengunakan kaunter yang sama. Pemeriksaan passport mengambil masa yang lama berbanding pemeriksaan kad pengenalan.
  2. Kebanyakan penumpang antrabangsa yang majoriti orang asing, bagasi mereka dibuka didepan kaunter check in.
  3. Penumpang tersalah kaunter untuk penerbangan AirAsiaX atau antarabangsa. Tiada pegawai AirAsia yang proaktif untuk menghalakan penumpang kekaunter yang betul. Terutama penumpang yg pertama kali mengunakan khidmat AirAsia di KLIA2.

Manakala untuk penumpang2 baru nak mengunakan khidmat AirAsia di KLIA2, pastikan buat yang berikut:
  1. Sampai sekurang-kurang 2 jam awal diKLIA2 sebelum masa penerbangan.
  2. Check in di kiosk seperti dalam gambar diatas.
  3. Pergi terus ke kaunter Bag Drop (S,T,U,V). Bag drop boleh dibuat 3 jam awal.
  4. Lepas tu boleh lar ronda pusat membeli belah KLIA2.

Disebabkan aku dah terkandas ni, maka aku pegi lar amik gambar2 dan buat tulisan ni. Antara gambar2 yang aku rajin ambil. Enjoy...









No comments: