Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, July 9, 2013

Fobia Emas No 2: Tak tahu nak simpan kat mana?



Seorang teman membaca flyers PG keluaran JGG yang menyebarkan perihal CELIK simpanan emas. 

Selepas beberapa ketika teman tersebut bertanya, 

S: Mana cara pelaburan nya? Takde pun sebut dalam ni. (Merujuk kepada flyers tersebut)


SAYA: Bro, aku promosi and galakkan orang buat simpanan dalam betuk emas atau perak. Basicnya tukar wang kertas kepada emas atau perak fizikal. Kenapa kau tanya macam pernah buat pelaburan emas jer?

S: Aku baru je 'main' pelaburan emas ni. Ikut emak aku. Aku buat ngan Agro bank. So kalau kau beli emas fizikal ni kau simpan kat mana? Kang kena rompak, tak bahaya ker? Kalau 'main' pelaburan emas tu, tak yah risau, kita cuma bayar upah simpan jer.

Dalam hati SAYA, dah ada kesedaran pasal emas cuma takut nak simpan sampai sangup atau dgn kata lain berani main pelaburan kaedah Agro or Ar-Rahnu.

SAYA: Bro, sekarang ni dah banyak tempat yang kau bleh simpan macam Royal safe deposit, range harga pun daripada RM250 - RM1000 setahun seingat aku ler. Tapi kalau ada 1-2 Dinar macam aku ni simpan ler tempat rahsia sendiri.....

--------------------------------------
Ini merupakan sketsa biasa setiap kali SAYA buka cerita pasal simpanan emas fizikal. Pandangan peribadi, persoalan dimana mahu simpanan emas menempatkan carta fobia no 2 dalam simpanan emas fizikal.

Ini bukan statistik tepat cuma persoalan yang sering ditimbulkan apabila SAYA kongsi kan perihal simpanan emas atau perak fizikal.

Pandangan 1gram, nilai risiko simpanan emas dan wang kertas hampir sama. Bagaimana anda hendak pastikan simpanan anda di Bank-bank akan selamat? Pernah dengar rompakan digital? Pernah terjadi kepada seorang teman. Terus tutup akaun dibank berkenaan. Nasib baik dia simpan emas lebih banyak daripada kertas. Bezanya, emas lebih berNILAI daripada kertas. Dia yang lebih mengetahui.

No comments: