Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Tuesday, July 9, 2013

Fobia Emas No 1: Takut Kena Zakat


Disuatu waktu rehat di pejabat.


SAYA: Bro, ini lah rupa dinar kelantan atau KGT Dinar, yang kau nak tengok sangat.

Sambil SAYA meletak duit 1 DNR dan 1/2 DNR berjumlah 2 DNR di hadapan si X.

X: Fuh lawanya. Ini harga berapa? 
Sambil memegang kepingan 1DNR.

SAYA: Bro aku tak jual, tapi kalau kau nak tukar duit kertas kau dengan duit dinar, kau boleh tukar ngan aku, stok aku ambik ngan adik aku. So, tukaran hari ni adalah RM 792 untuk 1 DNR. So kalau 1/2 DNR tu kau bagi ler dua sendiri.

Seorang teman, Y,  yang mendengar perbualan kami, berminat nak melihat daripada dekat Duit Dinar tersebut. Sambil belek-belek bertanya dengan nada risau. 

Y: Kalau simpan dinar ni kena zakat kan?

SAYA senyum jer... Soalan orang yang takut kena zakat.

SAYA: Simpan Emas cukup Nisab dan Haul nya kena zakat lah. Kalau setakat 1 DNR ni belum lagi ler. Simpan duit kertas pun kena zakat gak. Bezanya kita simpan emas yang lebih bernilai daripada duit kertas. Kerana, kalau duit yang kita simpan tu koyak, kita still kena zakat tapi duit kertas koyak tu cuba kita bayar kat stesen minyak, tgk dia terima ke tidak. Tapi kalau emas kita terbelah dua, kita masih kena zakat tapi emas tu tetap ada orang nak.

Jawapan orang yang tak cerdik macam SAYA...

Walaupun tempoh SAYA berkecimpung dalam mempromosikan kesedaran tentang simpanand dalam bentuk Emas fizikal ini masih baru tapi sudah banyak kali berhadapan dengan insiden-insiden begini. Hanya mampu berdoa semoga Allah luaskan lagi pandangan mereka.

Semoga kita sama-sama renungkan Kenapa kita takut atau risau untuk berusaha melaksanakan Rukun Islam yang ke lima tersebut. Yang sepatutnya hendaklah kita mengejar untuk mengerjakannya kerana ia adalah rukun seorang Muslim.  Wallahualam

No comments: