Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Wednesday, July 10, 2013

UTUBE: Sistem Perbankan Islam Juga Satu Penindasan?

Persoalan asas dalam keberkesanan ekonomi Islam. Satu forum yang merungkai beberapa persoalan yang sering di keutarakan. Ia memberikan satu prespektif tentang perbank Islam.

Panel: 
Datin Aziyan - CIMB Ketua Unit Customer Resolusi
Dr Azman Mohd Noor - UIA
Sheikh Imran Hosein






Mengikut pandangan saya, apa yang boleh disimpulkan daripada kata-kata Sheikh Imran :
  • Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW menentang PENINDASAN.
  • Wang USD akan runtuh dan akan membawa keseluruhan sistem wang kertas dunia.
  • Wang USD mesti runtuh supaya sistem kewangan boleh berpindah kepada Israel dengan diganti dengan wang digital.
  • Dinar & Dirham disebut didalam Al-Quran tapi Umat Islam tidak mengendahkan malah menyokong sistem kewangan kertas.
  • Isreal sudah menempa emas dan perak.
  • Apakah itu Riba?
    • Beri hutang dan dapat interest adalah RIBA
    • Duit berganda mengikut satu jangkamasa (masa) adalah RIBA. 
    • Murabahah adalah sistem pembelian secara kredit, iaitu bayaran diberi tangguh dan harga bayaran berbeza.
    • Murabahah dipanggil Backdoor-Riba sebab diatas.
  • Bank Islam hanya berdiam tentang penipuan dan haramnya sistem kewangan kertas. 
  • Jalan penyelesaian:
    • Alternatif RIBA adalah PERNIAGAAN (ada Risiko - ada untung dan rugi)
    • Jangan tunggu musuh Islam yang lebih dulu kembali kepada Dinar & Dirham
    • DnD adalah alternatif , Wang Kertas mesti pergi
    • Bina market untuk muamalat dalam DnD

Pelbagai persoalan dalam forum ini mampu memberikan sedikit pencerahan berkenaan sistem ekonomi kita sekarang. Antaranya:
  • Apakah Balasan penyokong Riba?
  • Kenapa Ulama berdiam diri?
  • Beberapa cadangan penyelesaian.

No comments: