Di zaman ini duit kertas merupakan sistem kewangan yang diterima pakai oleh hampir semua negara di dunia, sama ada secara rela atau paksa (rela-paksa). Namun bagi yang ada kesedaran berkenaan wang kertas ini akan menjadikan emas atau perak sebagai satu lagi matawang atau penyimpan kekayaan selain wang kertas. Caranya ialah menjadikan duit kertas untuk perbelanjaan harian, manakala emas sebagai simpanan. Wang kertas mempunyai nilainya sendiri yang diistiharkan oleh Bank Negara. Demikian juga negara-negara lain mengamalkan sistem yang sama.
Seperti yang kita sedia maklum, wang yang dicetak (kertas, syiling), oleh setiap negara tidak sama nilainya. Sebagai contoh : Jumlah ayam yang boleh kita beli dengan RM10 adalah tidak sama dengan kuantiti yang kita perolehi dengan membayar mengunakan SGD10 atau matawang negara lain. Tetapi mengunakan emas pembelian di mana-mana negara pun, barangan yang kita perolehi itu tetap sama dari segi kuantiti.
Duit kertas negara kita tidak laku untuk membeli sekilo beras di Amerika. Ia hanya boleh digunakan setelah ia ditukarkan dahulu kepada USD. Pada masa ini, RM3.00 boleh ditukarkan kepada USD1. Andaikata nilai duit kita jatuh pada masa akan datang. Misalnya RM3.00 cuma boleh ditukarkan dengan USD0.50, bukankah ia suatu yang sangat rugi? Berbeza pula dengan emas, jika ditukar kepada USD pada masa akan datang, nilainya tidak akan turun kerana ia berdasarkan berat logam tersebut. Jadi untuk mengelakan kerugian inilah maka emas mampu menjadi pelindung, kerana ianya kalis inflasi dan nilainya sentiasa tinggi.
Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1. Alat pertukaran yang diterima dunia
2. Mempunyai nilai tarikan yang tersendiri
3. Matawang tanpa sempadan
4. Tidak boleh dibinasakan
5. Mudah dibahagikan
6. Sukar diperolehi dan ditiru
7. Nisbah Nilai kepada berat yang tinggi
8. Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana sokongan kerajaan- Jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan - Tertakluk kepada negara pengeluar.
3. Bukan penyimpan nilai yang baik kerana susut nilai dalam jangka masa panjang - Susut nilai berlaku setiap tahun.
4. Mudah rosak - Cuba koyak dan gunakana untuk pembelian.
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan. Buktinya wang pisang Jepun dan wang kertas Dollar Zimbabwe)
6. Nilai dan jumlah wang kertas boleh dicetak sesuka hati. Akibatnya ia akan susut nilai seterusnya mengurangkan kuasa membeli
No comments:
Post a Comment