Perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam apa-apa syarikat yang menawarkan pulangan pelaburan seperti dividen:
- Pastikan ada AUDIT kewangan syarikat - Sekurang-kurang 5+ tahun cukai pendapatan, penyata bank dan sahkan dokumen dengan LHDN/IRS/HMRC dan bank.
- Dapatkan bukti bahawa "pemilik" telah membuat pelaburan yang dinyatakan. Sahkan dengan bank bahawa mereka mempunyai wang sebanyak yang disebut - Adakah syarikat mempunyai cukup duit untuk beroperasi?
- Baca Private Placement Memorandum (PPM) untuk pastikan apa yang ditawarkan. PPM adalah WAJIB untuk syarikat pelaburan. Sila klik Contoh PPM. Kalau tak faham dapatkan CPA, peguam perniagaan atau pakar pelaburan untuk pastikan pelaburan anda selamat.
- Sekiranya ada wakil syarikat di Malaysia, sila pastikan ia menuruti undang-undang negara kita. Sila klik disini untuk baca undang-undang syarikat luar negara. Tak faham dapatkan nasihat peguam perniagaan.
- Dapatkan maklumat - Sahkan Lokasi syarikat? Corporate charter? Sahkan latar belakang pegawai tinggi dan direktor syarikat.
- Dapatkan maklumat - Jenis syarikat? Dimana dana mereka simpan/pegang? Kalau TAKDE, ambik langkah panjang! Jenis syarikat dapat bantu anda untuk tentukan latarbelakang pengurusan.
- Tanya poket anda - Adakah anda bersedia untuk RUGI 100% duit anda?
- Tanya iman anda - Adakah anda bersedia untuk MAKAN rezeki daripada sumber yang was-was atau tidak jelas?
Contoh-contoh syarikat yang pada pandangan saya merupakan suatu SCAM untuk memeras duit daripada mereka yang dibawah:
- ECMC
- VGMC
- NURDIAN - Tutup. Syarikat diatas beroperasi sebagaimana syarikat ini cuma berbeza produk sahaja.
SAYA tidak meletakkan apa-apa hukum daripada segi hukum Islam kerana tidak arif dalam bidang tersebut. Pandangan 1gram, lebih baik kita ELAKKAN sesuatu sumber rezeki yang tidak jelas atau yang lari daripada Undang2 Kerajaan. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment