Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Monday, June 24, 2013

Permulaan Kembara Emas

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu, saya pernah dengar pemilik dan pengarah syarikat tempat saya mula-mula bekerja  menyimpan harta syarikat dan harta mereka dalam bentuk jongkong emas. Bagaimana saya tahu, sebab ada satu ketika pembayaran gaji kami terlewat sehari kerna bos nak pegi jual/cairkan gold bar syarikat untuk bayar gaji kami. Sebab lambat kerana gold bar yang dikeluarkan lebih awal telah dicuri!

...Masa itu saya fikir, hanya orang banyak duit saja ada gold bar...


Waktu itu saya sudah pun menganggap bahawa barang kemas emas adalah lebih berharga untuk disimpan berbanding emas putih atau emas yang banyak berlian atau permata. Maka saya lebih menggalakkan isteri saya pada ketika itu untuk membeli barang kemas logam kuning walaupun beliau tidak berapa menyukainya.

Namun saya sendiri tidak pernah berfikir untuk melabur atau menyimpan dalam aset logam kuning ini. Mungkin kerana kurangnya pendedahan atau sibuk dengan urusan seharian, saya tidak pernah mengambil tindakan apa-apa. Tidak pernah terlintas hendak belajar atau mencari pengetahuan tentang pelaburan emas. Lagipun, saya banyak disogokkan dengan pelaburan aset lain seperti hartanah.

...Masa itu saya fikir, pelaburan hartanah adalah lebih selamat dan menguntungkan...

Diakhir tahun 2010, saya mula mencari-cari satu aset pelaburan yang mampu milik dan mudah di cairkan. Tidak seperti hartanah yang harganya semakin naik dan memerlukan saya membuat pinjaman untuk membelinya. Bermula Mei 2011, saya mula membaca dan mengkaji tentang emas. Agak lewat tapi Alhamdulillah satu prinsip dalam penyimpanan emas yang tidak sama dengan hartanah adalah masa beli sesuai adalah SEKARANG.

No comments: