Maka kesemua peserta hendaklah paham dan bersetuju bahawa:
Kutu Emas base point adalah Value/Nilai Emas yang berdasarkan berat (GRAM) bukan Price/Harga duit fiat (MYR).
Bila dah faham yang diatas maka tidak pulak timbul persoalan atau rungutan seperti: Kalau guna nilai emas rugiler peserta yang kena bayar lebih kalau emas naik. Tak adil lah sebab ada yang bayar lebih dan ada kena bayar kurang sebab harga emaskan turun naik.
Saya akan cuba jelaskan persoalan ini menggunakan gambar diatas.
Kenapa Guna Nilai Emas?
Langkah kedua tetapkan bilangan berikut sebelum memulakan bermain kutu. Contoh:
Peserta: 5 orang yang dinamakan Jan, Feb, Mar, Apr dan May.
Tempoh: 5 bulan.
Hasil: Emas 20 gram seorang iaitu pada bulan ke-5.
Walaupun pada setiap bulan harga emas berbeza dan setiap peserta mengeluarkan jumlah berbeza setiap bulan. Sebenarnya, setiap peserta telah membayar jumlah yang sama dalam tempoh 5 bulan iaitu RM 3056 seperti dalam contoh gambar Kutu Emas diatas, dan setiap peserta mendapat hasil Emas 20 gram.
Kesimpulannya setiap peserta perlu faham dan bersetuju bahawa:
Setiap peserta akan keluarkan jumlah duit fiat berbeza pada setiap bulan disebabkan oleh penurunan atau kenaikan harga emas semasa.
Ingat dua perkara diatas dan selamat mempraktik kaedah Kutu Emas. Kaedah diatas boleh diguna pakai untuk Kutu Perak jugak.
Apa yang penting jangan gunakan kaedah kutu duit dalam Kutu Emas nanti jadi ketidakadilan seperti dalam gambar rajah dibawah:
| Kredit rakan FB: Haniz Zerstoren, GIC |
Sekiranya anda memerlukan supply Emas bagi menjayakan Kutu Emas anda atau anda perlu pemahaman lebih lanjut boleh hubungi saya di Facebook, insyallah saya cuba membantu mana yang mampu.
No comments:
Post a Comment