Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Friday, December 23, 2011

Stonehenge dibina entiti asing



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
www.kosmo.com.my

MONUMEN batu besar Stonehenge di England yang sering dijadikan wallpaper berjuta-juta komputer di seluruh dunia kekal misteri sehingga kini.

Batu megalit prasejarah itu masih kukuh berdiri di kawasan terbuka di Salisbury, kira-kira tiga kilometer ke barat pekan Amesbury, Wiltshire di selatan England. Ia dibina kira-kira 5,000 tahun lalu.

Masa selama lebih 1,000 tahun diambil untuk menyiapkannya dengan menggunakan tenaga ribuan pekerja.


Bagaimanapun, daripada 30 batu asal setinggi bangunan tiga tingkat yang didirikan, tinggal 17 ketul batu sahaja sekarang.

Blogger: Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Ada pendapat mengatakan bahawa ia merupakan tanda atau Kod no 6 bagi kewujudan dan kemunculan dajjal.

Lingkaran eksentrik batu itu bukan sahaja berkisar mengenai siapa yang membinanya bahkan bagaimana batu itu diangkut ke lokasi sekarang.

Ada yang mengatakan batu itu berasal dari barat daya Wales dan dibawa melalui jalan laut sebelum diangkut menggunakan kayu yang diluncurkan semasa musim salji sebelum tiba di Salisbury.

Batu pasir seberat 40,000 kilogram itu dikatakan oleh ramai pengkaji berasal dari Marborough Downs iaitu satu kawasan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tapaknya sekarang.

Terdapat juga teori mengatakan lubang yang dalam perlu dibina untuk meletakkan batu itu pada kedudukannya. Tali mungkin digunakan untuk menarik batu ke atas sebelum dihamparkan di atas batu yang berada dalam kedudukan menegak. 

Namun, sehingga kini tidak seorang pun tahu proses batu-batu gergasi itu diangkut. 

Ia sama seperti misteri batu besar yang digunakan untuk membina piramid pada zaman Firaun di Mesir. Batu piramid di Luxor dikatakan dibawa dari Aswan yang terletak 800 kilometer ke hulu Sungai Nil.

Teori UFO

Ada dakwaan menyebut setiap bongkah batu Stonehenge itu dibawa oleh lebih 600 lelaki.

“Ia satu persoalan yang masih belum terungkai dan memerlukan penjelasan mendalam. 

“Tetapi saya percaya Stonehenge merupakan satu kuil suci,” kata Ketua Jabatan Arkeologi dari Universiti Bournemouth, Britain, Timothy Darvill.

Ironi, Darvill sendiri belum mendapat bukti kukuh untuk mengesahkan teorinya.

Batu pelik itu juga dikaitkan dengan pusat peredaran bumi dengan paksi semesta.

Pada Disember 2009, komuniti pengikut fanatik kepercayaan pelik itu telah berkumpul di Stonehenge untuk menyambut ritual Solstis Musim Sejuk.

Sambil mengenakan kostum pelik menyerupai pakaian manusia zaman batu, mereka berkumpul dan mengikuti ritual tradisi masyarakat Keltik kuno.

Persoalan mengenai kewujudan batu itu tidak terhenti begitu sahaja. Satu lingkaran gergasi yang aneh ditemui berdekatan batu itu pada tahun lepas.

Lingkaran yang mempunyai diameter 61 meter itu dipercayai dibuat oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), daya tarikan medan magnet atau buatan manusia sendiri.

Pengkaji fanatik UFO mengatakan batu itu diangkut dan disusun oleh mahkluk asing memandangkan teknologi manusia kuno tidak mungkin dapat membina batuan yang unik sifatnya.

Dalam pada itu, beberapa pengunjung dilaporkan mengalami kejadian pelik semasa mengambil gambar atau merakam video di Stonehenge.

Mereka mendakwa terdapat objek dan imej misteri yang tidak dapat dijelaskan wujud dalam gambar dan video yang mereka ambil. Selain itu, pengunjung kerap bertemu dengan individu misteri yang ghaib secara tiba-tiba. 

Bagi pakar geologi Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, masyarakat pada zaman dahulu sebenarnya mempunyai kecanggihan dari sudut sains dan teknologi.

“Mereka mungkin memiliki alatan tertentu untuk memindahkan dan menegakkan batu yang beratnya sehingga beribu kilogram.

“Walaupun fenomena ini sukar dijelaskan akal tetapi ia tidak mustahil,” katanya.

Ujarnya lagi, kawasan batu Stonehenge itu juga digunakan untuk pemujaan dan ritual tertentu.

“Asal usul batu itu serta masyarakat yang membinanya sangat sukar untuk dikenal pasti kerana pada batu itu tiada tulisan atau gambar yang boleh menceritakan mengenai kewujudannya.

“Malah, kerajaan kuno mana dan apa corak kehidupan mereka juga tidak diketahui,” ujar Mohamad Ali kepada Jurnal.

Pengkaji alam misteri dan sejarah purba, Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah pula mendakwa Stonehenge ialah milik orang asli Yunani.

“Tiada misteri sebenarnya dan tidak pelik apabila manusia zaman kuno mampu mengangkat dan memindahkan batu dengan kudrat mereka.

“Hakikatnya mereka menggunakan bantuan makhluk halus. Itu membolehkan mereka memiliki kekuatan luar biasa,” katanya.

Ujar Idrus lagi, perkara yang sama berlaku dalam pembinaan Candi Borubudur di Indonesia dan Piramid Giza di Mesir yang mana mereka yang membinanya didakwa mendapat bantuan daripada makhluk halus.

Blogger: Terdapat kajian mengatakan bahawa sebahagian besar piramid dibuat daripada tanah liat yang dibakar. Mungkin juga Stonehenge daripada sumber yang sama.

Firman Allah bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38)



“Dahulu tiada kepercayaan agama. Manusia juga menyembah batu termasuk Stonehenge sendiri yang dianggap mempunyai kuasa penyembuhan,” katanya.

No comments: