Penafian

PENAFIAN PENUH

ADMIN blog drmaba tidak bertanggungjawab terhadap komen (comments) yang diutarakan dalam laman blog ini. Segala komen adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak menggambarkan pendirian admin blog drmaba. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Personal Note:

Artikel yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad dan betul. Maka pertimbangkan dulu bahawa aku ini seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2.


Oleh itu berikut adalah penyataan kepada semua pembaca budiman:

1. Artikel ini hanyalah perkongsian pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman hidup yg pendek ini dan latarbelakang pendidikan saya, maka saya mohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan saya.

2. Sekiranya anda fikir bahawa saya ini bodoh (idiot), saya akui kebodohan saya. Semoga Allah yang Maha Luas Ilmu & Maha Bijaksana mengurniakan dan membuka pintu ilmu & kebijaksanaan kepadaku.

3. Sekiranya anda fikir saya salah (wrong), saya akui kesalahan saya. Semoga Allah mengampuni aku dan menunjukkan jalan yang benar.

4. Sekiranya anda ingin membuat pembetulan atau berkongsi pandangan. Saya alu-alukan dan dahulukan dengan Jazakallah.

5. Sekiranya anda ingin hentam (bash) pandangan. Maka saya pinta gunakanlah kata2 yang berhikmah dan beradap. Saya hanya insan yang juga pelupa (diri dsbnya)

6. Sekiranya anda fikir artikel saya ini bidaah. Terlebih dahulu Saya tidak bermaksud begitu. Kupohon keampunan daripada Allah.

7. Sekiranya anda fikir saya bagus & hebat. Saya pinta masukkan saya kedalam doa2 kalian, semoga saya sentiasa dalam rahmatNya. Sesungguhnya aku bukan sesiapa.

Wednesday, June 26, 2013

BERITA: Fatwa Pelaburan Emas Geneva


Bila terbaca berita di Sinar Harian berkenaan fatwa Geneva Malaysia Sdn Bhd (Geneva). Boleh baca berita tersebut di Fatwa: Pelaburan Emas Geneva Tidak Sah. Terkenang pertemuan dengan wakil Geneva pada 1 Mac 2012 yang lalu. Sila rujuk artikel  Pertemuan dengan wakil Geneva 

[KE] tidak membicarakan tentang hukum kerana tidak pandai dan tidak layak dalam menjatuhkan hukum sekurang2 seperti Majlis fatwa. Bagi [KE] ketika itu hanyalah merasakan cara Geneva menjual emas adalah menekan pembeli. Dan merasakan ia satu scam yang halus dan mampu membutakan hati mereka yang mengejar untung semata-mata. Ini secara langsung membuat [KE] menolak tawaran mereka (walaupun awek yang datang itu cun, hehe).

Anda boleh lihat fatwa lengkap di Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.  Saya nak highlight pesanan dalam fatwa ini agar pembaca semua menilai dan berhati-hati dengan syarikat seumpama Geneva:

Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara


Allhamdulillah atas rahmatNya, [KE] tidak terpengaruh dengan keuntungan yang ditawarkan dan dengan rahmatNya juga dilindungi daripda mendekati kebatilan yang menindas. Semoga [KE] terus dalam hidayah dan taufikNya...

Semoga Allah membuka pintu hati mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan skim Geneva ini, agar mereka kembali kepada kebenaran dan menolak yang batil. Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.

No comments: